Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.ding] | برݢانديڠ

Definisi : 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.ding] | برݢانديڠ

Definisi : berada dekat atau di sisi seseorang; berhampiran; berdekatan: Musa berjalan ~ dgn Adli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganding


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bergandingberada dekat atau di sisi seseorang; berhampiran; berdekatan: Musa berjalan ~ dgn Adli.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berganding1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran;Kamus Dewan Edisi Keempat
ganding; berganding berada dekat atau di sisi seseorang; berhampiran; berdekatan: Musa berjalan ~ dgn Adli. bergandingan 1 saling berpegangan (tangan); berangkaian: Mereka berjalan ~ tangan. 2 ada hubungannya; ada pertaliannya: Hari ini kita akan membincangkan hal-hal yg ~ dgn penanaman teh di Malaysia. 3 berhubungan atau berkaitan antara satu dgn yg lain; berangkaian: Gerabak kereta api itu ~. 4 bekerja dll bersama-sama; saling membantu: Semua rakyat Malaysia perlu ~ utk menjaga keamanan negara. mengganding 1 memegang tangan; memimpin: Saodah bersiar-siar di taman bunga sambil ~ anaknya. 2 menarik sesuatu benda yg berkait dgn benda yg menarik; menghela sesuatu yg bersambung dgn benda yg menghela: Sebuah kepala kereta api dpt ~ beberapa buah gerabak yg sarat dgn barang-barang. menggandingkan 1 menjadikan berhampiran letaknya; mendampingkan; mendekatkan: Si Tenggang pun ~ perahunya dgn kapal saudagar itu. 2 mengikat atau menghubungkan kpd sesuatu supaya ditarik: Ketika saya sampai di tempat itu, dia sedang ~ keretanya dgn sebuah lori. 3 menjadikan berhubungan (bertalian atau bersangkut paut); mempertalikan: Kita tidak boleh ~ perkara ini dgn perkara-perkara lain kerana tidak ada sangkut pautnya. gandingan apa-apa yg digandingkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gandingberganding berada dekat atau di sisi seseorang; berhampiran; berdekatan: Musa berjalan ~ dgn Adli. bergandingan 1. saling berpegangan (tangan); berangkaian: Mereka berjalan ~ tangan. 2. ada hubungannya; ada pertaliannya: Hari ini kita akan membincangkan hal-hal yg ~ dgn penanaman teh di Malaysia. 3. berhubungan atau berkaitan antara satu dgn yg lain; berangkaian:Gerabak kereta api itu ~. 4. bekerja dll bersama-sama; saling membantu: Semua rakyat Malaysia perlu ~ utk menjaga negara. mengganding 1. memegang tangan; memimpin: Saodah bersiar-siar di taman bunga sambil ~ anaknya. 2. menarik sesuatu benda yg berkait dgn benda yg menarik; menghela sesuatu yg bersambung dgn benda yg menghela: Sebuah kepala kereta api dpt ~ beberapa buah gerabak yg sarat dgn barang-barang. menggandingkan 1. menjadikan berhampiran letaknya; mendampingkan; mendekatkan: Si Tenggang pun ~ perahunya dgn kapal saudagar itu. 2. mengikat atau menghubungkan kpd sesuatu supaya ditarik: Ketika saya sampai di tempat itu, dia sedang ~ keretanya dgn sebuah lori. 3. menjadikan berhubungan (bertalian atau bersangkut paut); mempertalikan: Kita tidak boleh ~ perkara ini dgn perkara-perkara lain kerana tidak ada sangkut pautnya. gandingan apa-apa yg digandingkan.Kamus Pelajar
berpegang tangana) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu;Kamus Dewan Edisi Keempat
ganding I; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, memper­talikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang).Kamus Dewan Edisi Keempat
bergimbarbersusun sebelah-menyebelah, berganding.Kamus Dewan Edisi Keempat
berenteng-renteng1. beruntai-untai; 2. berendeng-rendeng, berganding-ganding, be­runtun-runtun;Kamus Dewan Edisi Keempat
menuruti1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja kemahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. menjadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengendalian dupleks(duplex operation)Pengendalian yang menggunakan dua pemproses secara berganding. Satu pemproses akan bertindak sebagai pemproses utama untuk memproses tugas-tugas utama manakala pemproses yang satu lagi akan bertindak sebagai pemproses sokongan untuk memproses tugas sampingan. Apabila mana-mana pemproses gagal atau rosak, pemproses yang masih berfungsi akan mengambil alih tugas dan beban pemproses tersebut.Kamus Komputer
12

Kembali ke atas