Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.han.tar] | برهانتر

Definisi : diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Anak udang ada sejemput,
     Letak mari atas pelantar;
Datang tidak menjemput,
     Balik tidak berhantar.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berhantardiiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
hantar I; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dsb); berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; ~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan; hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~; menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyak­nya; suaminya tidak ~nya surat; menghantarkan = menghantar; hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); penghantar 1. orang yg menghantar (me­ngirim) surat dsb; 2. orang yg membawa se­suatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pan­dangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk me­nyam­paikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; berpenghantarkan, berpengantarkan me­ng­­­­guna­kan sesuatu (bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~ ba­hasa ibundanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
datang1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lam­baikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan men­cuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan; ~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd pe­rempuan); ~ hati sampai hati, tergamak; ~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting; datang-datang 1. setibanya, baru atau se­baik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang; berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut jan­jinya; berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat; mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); datang-mendatangi saling berkunjung, zia­rah-menziarahi, lawat-melawati; kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minang­kabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); pendatangan perihal (perbuatan dsb) menda­tangi atau mendatangkan; pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas