Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhati

Puisi
 

Kancingnya tujuh,
     Mengecipuk air di dulang;
Kalau Si Awang berhati sungguh,
     Ambil sebiji dibawa pulang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Gajah berhati,
     kuman pun berhati juga.

Bermaksud :

Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.

 

Lihat selanjutnya...(21)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hati II; hati-hati berhati-hati; berhati-hati memberi perhatian (pertim­bang­an dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; memperhatikan memerhatikan; perhatian perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; menarik ~ menimbulkan minat (dan reaksi); mengambil ~ mempedulikan; ~! ~! (seruan) minta supaya diberi perhatian pd apa yg akan dicakapkan (diumumkan dsb); pemerhatian perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan di­ke­tahuilah asal usul penyakit itu; ~ jenis (Tani) pengamatan, dll yg dilakukan utk menentukan hasil baja (yg terbaik dll); pd ~ saya berdasarkan apa yg sudah saya perhatikan atau amati;pemerhati 1. orang yg mengikuti per­kembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
berseingatark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat;Kamus Dewan Edisi Keempat
berjimat-jimat1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
berhati walangbersedih hati; berdukacita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhati-hatiberbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhati walangtidak sedap hati; khuatir; bimbang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhati wajatidak mudah kecewaKamus Pelajar Edisi Kedua
berhati pilubersedih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhati perutmempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas