Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhati batu

Peribahasa

Air digenggam tiada tiris.

Bermaksud :

Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berhati batua. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
batu1. bahan galian pepejal yg bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dlm air); 2. sj permata (utk mata cincin dll); ~ kecubung sj permata yg berwarna ungu kebiru-biruan; 3. sj permata buatan (dipakai dlm jam dll): jam tangan 17 ~; 4. penjodoh bilangan bagi gigi: se~ gigi; 5. ukuran jarak: kampungku letaknya 10 ~ dr sini; 6. buah (dlm permainan catur): tidak dapat kami bermain catur lagi kerana beberapa ~ hilang; 7. Id bateri (lampu picit): lampu picit tiga ~; 8. ki keras: berhati ~; ~ air = ~ kali = ~ sungai batu yg terdapat di sungai-sungai; ~ ajuk batu (timah dll) pd tali kail utk pemberat; ~ alas tempat tiang rumah berdiri; ~ ali(-ali) anak ali-ali; ~ ambar sj batu yg terdapat di pantai (dibuat paip dll); ~ amzil batu canai (asuhan); ~ anggur asaman yg diambil drpd buah-buahan; ~ anting batu (timah dll) pd tali utk pemberat; ~ api a) batu pencetus api (pd pantik api dll); b) ki penghasut; ~ apung batu yg ringan dan tidak tenggelam dlm air; ~ arang = ~ bara arang yg diambil dr dlm tanah; ~ asah(an) batu utk mengasah perkakas (pisau dll); ~ asas a) batu dasar tempat mendirikan sesuatu (rumah dll); b) ki dasar; ~ badar batu hablur utk mata cincin; ~ bata bata; ~-batan a) berbagai-bagai jenis batu; b) batu karang; ~ belanda permata buatan; ~ berani = ~ semberani besi atau bijih besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain; ~ bersurat = ~ bertulis batu yg berpahat dgn huruf-huruf tulisan kuno; ~ besi sj batu yg keras, granit; ~ bintang a) sj batu yg berasal drpd bintang gugur; b) sj batu yg mengandungi hablur; ~ canai gerinda; ~ dacing = ~ timbang timah (besi dll) pd dacing utk menimbang berat barang; ~ dapur = ~ tungku batu tempat meletakkan periuk sewaktu memasak; ~ duga batu (timah dll) utk menduga dalamnya laut; ~ geliga batu yg terdapat dlm tubuh binatang (ular, landak, dll) yg mempunyai khasiat utk menawar bisa dll; ~ giling batu tempat menggiling rempah dll; ~ hampar batu yg lebar dan rata; ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu sehingga boleh menyebabkan rasa sakit; ~ hidup batu yg mempunyai kekuatan ghaib; ~ jemala = ~ kepala kepala; ~ johor hablur; ~ kail batu timah; ~ kapur batu yg mengandungi kapur; ~ karang karang laut; ~ kawi mangan; ~ kerikil = ~ kelikir batu kecil-kecil; ~ ketapakan = ~ tapakan a) batu tumpuan; b) ki dasar; ~ kisaran batu khas utk mengisar tepung, rempah, dll; ~ koral = ~ kolar Jk batu karang (laut); ~ kulansing batu besi; ~ lada kerikil yg halus; ~ ladung batu ajuk; ~ lengan otot pd pangkal lengan; ~ lod (Geo) bijih besi yg mempunyai kuasa magnet; ~ loncatan a) batu yg digunakan sbg landasan melompat; b) ki orang atau tempat yg dipergunakan utk mencapai sesuatu; ~ luru alat tempa yg berupa batu sungai atau granit licin, digunakan utk melicinkan (menggilapkan) permukaan tempaan; ~ marmar batu kapur berhablur yg boleh digilap dan digunakan utk binaan dan ukiran; ~ merah tanah liat (batu) yg merah; ~ meroyan sj penyakit perempuan yg baru melahirkan anak; ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 m (6080 kaki); ~ nisan batu di atas atau di satu hujung kubur, biasanya ditulis nama dan maklumat si mati; ~ pasir batuan yg terbentuk drpd pasir yg mampat, biasanya digunakan sbg bahan binaan dsb; ~ pejal batu besi; ~ pelinggam sj marmar; ~ penghalang halangan; ~ pualam marmar; ~ sarawak sj galian (bijih) yg mengandungi belerang dan antimoni; ~ sempadan batu utk menandakan sempadan; ~ sendi a) batu alas; b) ki dasar, asas; ~ seremban batu yg digunakan dlm permainan seremban; ~ tanda a) batu yg menunjukkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat yg lain; b) peristiwa penting dlm sejarah, kehidupan, dll: peristiwa itu menjadi ~ tanda bermulanya sejarah perkembangan bahasa dan sastera Melayu di tanah air kita; ~ tara batu sempadan; ~ timbul batu apung; ~ tolak bara sl batu pemberat yg digunakan sbg pengimbang dlm perahu: maka oleh Semerluki, diambilnya suatu ~ tolak bara, dicampakkannya di Selat Ungaran; ~ tulis a) Id papan batu; b) batu bertulis, batu bersurat; ~ ubin batu yg dipakai utk lantai rumah; ~ ujian a) batu tempat menguji emas; b) percubaan, cabaran; ~ bulat tak bersanding = ~ hitam tak bersanding prb orang yg kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dsb, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu); ~ direbus masakan empuk prb orang yg bodoh itu bagaimanapun tidak mungkin diajar; ~ jatuh ke lubuk prb hilang lenyap; ~ kecil berguling naik, ~ besar berguling turun prb orang yg hina menjadi mulia kerana harta dan orang yg berasal menjadi hina kerana tidak berharta; ~ pelesing prb orang yg kecil tetapi berhati keras; ~ pun empuk, jangan hati manusia prb perkataan yg lemah lembut boleh menawan hati; ~ yg keras air pelekuknya, hati yg keras lidah pelembutnya prb orang yg keras hati itu hanya dapat dipujuk dgn kata yg lemah lembut; ~ yg selalu bergolek dlm sungai itu tiada dihinggapi lumut prb orang yg selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang, atau orang yg tidak tetap mata pencariannya tidak akan kaya; berbunyi ~, berbunyilah dia prb orang yg tidak dapat berkata-kata (menjawab) kerana kedapatan kesalahannya; lempar ~ sembunyi tangan prb melakukan sesuatu (kejahatan dll) tetapi kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu; mencampakkan ~ keluar prb menolong orang lain tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri; muncung penuh air, perut berisi ~ prb tidak dapat mengatakan sesuatu (bkn kesalahan orang) kerana telah terhutang budi; patah ~ hatinya prb habis seluruh kemahuannya (minatnya) utk meneruskan pekerjaan dll; tiada terkajang ~ di pulau prb tidak terlayan kehendak semua orang;berbatu dilitupi atau mempunyai batu: kereta itu melalui jalan yg ~ kerikil;berbatu-batu banyak batu jaraknya: mereka terpaksa berjalan ~ sebelum sampai di bandar;membatu 1. menjadi keras (spt batu): tanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau;2. berdiam diri, tidak mahu bercakap: mereka bersikap ~ dan membisu; 3. melontari dgn batu: kedai si Ah Kau dibatu orang pd malam hari;membatui membubuh batu (di jalan, kubur, dll);membatukan; ~ diri mendiamkan diri, tidak mahu bercakap, membatu; batuan (Geo) gumpalan atau ketulan bahan galian, spt arang batu, batu kapur, granit, dll yg membentuk sebahagian drpd kerak bumi; ~ enapan batuan yg terbentuk drpd pengumpulan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll;perbatuan jarak dlm batu yg dilalui oleh kenderaan bermotor dlm sesuatu tempoh masa.Kamus Dewan Edisi Keempat
balinganhasil atau perbuatan membaling, lontaran, lemparan: lelaki itu terhenti bagaikan terkena ~ batu; aktiviti olahraga spt ~ dan lontaran boleh menyebabkan kemalangan jika pemain kurang berhati-hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
baling Ibatu dll yg dibubuh pd tali dan dilemparkan dgn mengayunkannya terlebih dahulu mengelilingi kepala: datangnya terlalu deras spt ~;baling-baling 1. kincir angin (penunjuk arah angin dll); 2. alat yg rupanya spt kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang; ~ angin Id kipas angin; ~ di atas bukit = hati bagai ~ prb tidak tetap pendirian (hati dll);berbaling berkisar spt baling-baling;membaling 1. melempar (dgn baling); 2. melempar: gadis-gadis menyambut dan menanam anak-anak padi yg dibaling oleh teruna-teruna;membalingi melempari dgn baling, melempari: ia ~ rumah lawannya dgn batu;balingan hasil atau perbuatan membaling, lontaran, lemparan: lelaki itu terhenti bagaikan terkena ~ batu; aktiviti olahraga spt ~ dan lontaran boleh menyebabkan kemalangan jika pemain kurang berhati-hati;pembaling 1. alat utk membaling; 2. orang yg membaling: ia mengintip ~ batu itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjaga1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
kena1 bersentuh dgn; berlanggar dgn; terhantuk pd: Kapal itu tenggelam ~ batu karang. 2 tidak menyimpang dr sasarannya (bkn tembakan dll): Tembakannya tidak ~ pd sasarannya. 3 menderita sesuatu; ditimpa sesuatu (penyakit dll): Sudah sebulan ia ~ penyakit itu. ~ hujan ditimpa hujan; ~ sampuk diganggu atau disakiti oleh hantu, syaitan dsb. 4 tidak dikecualikan drpd mematuhi peraturan; tidak bebas drpd bayaran dll: Semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu. 5 menanggung sesuatu perbuatan: ~ tahan ditahan; ~ tipu tertipu. 6 terpaksa membuat sesuatu: Dia merungut kerana tiap-tiap hari ~ mencari kayu api. 7 cocok atau sesuai (dgn jiwa, tempat dll); sepadan (antara dua benda); berpadanan; berpatutan (bkn harga): Dia menjadi berang kalau ada sesuatu yg tidak ~ di hatinya. Pakaian yg sopan itu ~ pd tempatnya. berkenaan, = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. mengena 1 kena tepat (pd yg dituju atau sasarannya): Tembakannya ~ dan perompak itu jatuh lalu mati. 2 memberi hasil; mendapat hasil: Jeratnya ~. Pancingnya ~. kena-mengena 1 (ada) sangkut pautnya; (ada) hubungannya atau (ada) kaitannya: Saya tidak ada ~ dgn perkara itu. 2 bersaudara-mara; berkeluarga; berkerabat: Dia ~ dgn saya kerana datuknya sepupu datuk saya. mengenai 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. mengenakan 1 memakai (pakaian dll); menyarungkan (cincin dll): Dialah yg ~ pakaian pd pengantin itu. 2 mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikut sesuatu (peraturan dll); membebani seseorang dgn sesuatu: Kerajaan ~ cukai pd barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negara kita ini. 3 = mengena-ngenakan menipu; memperdaya: Mereka sengaja hendak ~ orang tua itu. terkena 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kena1. bersentuh dgn; berlanggar dgn; terantuk pd:Kapal itu tenggelam ~ batu karang. 2. tidak menyimpang dr sasarannya (bkn tembakan dll): Tembakannya tidak ~ pd sasarannya. 3. menderita sesuatu; ditimpa sesuatu (penyakit dll): Sudah sebulan ia ~ penyakit itu. ~ hujan ditimpa hujan;~ sampuk diganggu atau disakiti oleh hantu, syaitan dsb. 4. tidak dikecualikan drpd mematuhi peraturan; tidak bebas drpd bayaran dll: Semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu. 5. menanggung sesuatu perbuatan: ~ tahan ditahan; ~ tipu tertipu. 6. terpaksa membuat sesuatu:Dia merungut kerana tiap-tiap hari ~ mencari kayu api. 7. cocok atau sesuai (dgn jiwa, tempat dll); sepadan (antara dua benda); berpadanan; berpatutan (bkn harga): Dia menjadi berang kalau ada sesuatu yg tidak ~ dihatinya. Pakaian yg sopan itu ~ pd tempatnya. berkenaan, = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn:Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. mengena 1. kena tepat (pd yg dituju atau sasarannya): Tembakannya ~ dan perompak itu jatuh lalu mati. 2. memberi hasil; mendapat hasil:Jeratnya ~. Pancingnya ~. kena-mengena 1. ada sangkut pautnya; ada hubungannya atau ada kaitannya:Saya tidak ~ dgn perkara itu. 2. bersaudara-mara; berkeluarga; berkerabat:Dia ~ dgn saya kerana datuknya sepupu datuk saya. mengenai 1. kena pd yg dituju:Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2. berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang:Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. mengenakan 1. memakai (pakaian dll); menyarungkan (cincin dll): Dialah yg ~ pakaian pd pengantin itu. 2. mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikut sesuatu (peraturan dll); membebani seseorang dgn sesuatu:Kerajaan ~ cukai pd barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negeri kita ini. 3 = mengena-ngenakan menipu; memperdaya:Mereka sengaja hendak ~ orang tua itu. terkena 1. menderita atau tertimpa sesuatu:Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2. tersentuh pd:Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3. tertipu; terpedaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi.Kamus Pelajar
urat I1. = ~ darah saluran kecil-kecil dlm tubuh yg membawa (mengalirkan) darah, pembuluh darah; 2. = ~ daging tisu pd daging yg halus spt benang; 3. gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan, otot; 4. = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa, asabat; 5. garisan-garisan yg kelihatan pd permukaan kayu, (batu marmar dll); 6. serat yg terdapat pd kayu, tisu pd tumbuh-tumbuhan; 7. tulang daun: daun pokok ini mempunyai ~ yg selari antara satu sama lain; 8. akar (pd tumbuh-tumbuhan); 9. penjodoh bilangan utk gelang atau benda yg kecil (halus) dan panjang (spt rotan dll): di pergelangan tangannya mem-belit dua ~ gelang halus diperbuat drpd emas; 10. ki asal mula (sesuatu hal), pokok pangkal; ~ amris urat di kiri kanan batang leher; ~ belikat otot pd belikat; ~ benang jalur benang (pd jahitan); ~ daun tulang-tulang daun; ~ daya garisan (titik-titik, jaluran) yg menun-jukkan aliran tenaga dll; ~ kata akar kata; ~ keting otot di atas tumit; ~ leher otot pd leher; ~ nadi saluran darah yg berdenyut pd pergelangan tangan; ~ pengetul otot pd lengan (atau kaki) utk melipatkan lengan (atau kaki); ~ tendon sj tisu yg menghubungkan otot dgn tulang; ~ tunggal = ~ tunggang akar tunjang (pd tumbuh-tumbuhan); menghendaki ~ lesung prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin akan dapat; nan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan ber-lambai pucuk prb, Mn orang yg berkaum menurut adat; berurat 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
hati I1 organ berwarna perang ke­merah-merahan di dlm tubuh yg menge­luarkan hempedu dan membersih­kan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2 tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3 bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ budi keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. ~ kecil pe­rasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hati I1. organ berwarna perang kemerah-merahan di dlm tubuh yg mengeluarkan hempedu dan membersihkan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2. tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3. bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ kecil perasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas