berhujan | , berhujan-hujan sengaja berjalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nelayan yg berpanas dan ~ di laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhujan | berjalan dll dlm hujan; membiarkan diri dll basah oleh hujan: Mereka berpanas dan ~ sepanjang hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhujan-hujan | sengaja berjalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nelayan yg berpanas dan ~ di laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhujan | berjalan dll dlm hujan; membiarkan diri dll basah oleh hujan: Mereka berpanas dan ~ sepanjang hari. | Kamus Pelajar |
berpanas | berada dlm panas matahari, berjemur: nelayan yg ~ dan berhujan di laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpanas | berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpanas | berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. | Kamus Pelajar |
hujan | 1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja berjalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nelayan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, membasahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pipit I | sj burung kecil, mentua pelanduk, Motacilla cinerea melanope; ~ anggerik sj burung kecil, kelicap berjambul, Yuhina zantholeuca interposita; ~ padang sj burung kecil, apit-apit, cak padang (tanah), lak padi, lancar-lancar, seri lancar, Anthus novaesee landiae malarensis; ~ padi = ~ uban sj burung kecil, cak padi, ciak, Munia maja maja; ~ pinang sj burung kecil, Munia punctulata fretensis; ~ rumah sj burung kecil, Passer montanus malaccensis; ~ tuli sj burung kecil, Munia striata subsquamicollis; ~ berperang dgn garuda prb orang kecil melawan orang besar; ~ bukan seeekor, jagung bukan sebatang prb jawaban utk menolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan; ~ hendak jadi enggang prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan; ~ meminang anak enggang prb orang kecil (hina) hendak meminang anak orang besar (mulia); ~ pekak makan berhujan prb sangat rajin; ~ menelan jagung prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya akhirnya akan mendapat kesusahan; ~ sama ~, yg enggang itu sama enggang juga = ~ sama enggang mana boleh terbang bersama prb a) perjodohan atau persahabatan akan sempurna kalau sama darjat; b) bergolong-golong mengikut taraf atau darjat masing-masing; ~ tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah prb serba salah utk menyelesaikan pekerjaan yg sulit (jika diteruskan pun berbahaya); ~ yg makan padi, merbah terbawa rendong prb orang lain yg mendapat kesenangan, orang lain yg menanggung akibatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panas | 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |