berkelamin | 1. berpasangan (lelaki dan perempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beristeri | 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkelamin | 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkelamin | 1. berpasangan. 2. beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. | Kamus Pelajar |
kelamin | 1 pasangan lelaki dan perempuan; dua dlm sepasang. 2 suami isteri dan anak-anak; keluarga. jenis ~ jenis lelaki atau perempuan, jantan atau betina; jantina. berkelamin 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. mengelamin mengahwini. perkelaminan keadaan atau hal hidup berkelamin. sekelamin 1 sepasang suami isteri; sepasang (jantan dan betina). 2 sekeluarga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperisterikan | memberi beristeri; mengahwinkan anak lelaki: Encik Hamid mengadakan kenduri kahwin kerana ~ anak sulungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menduakan isteri | beristeri dua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wayuh | Jw beristeri lebih drpd seorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bigami | amalan beristeri atau bersuami dua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperisterikan | memberi beristeri; mengahwinkan anak lelaki:Encik Hamid mengadakan kenduri kahwin kerana ~ anak sulungnya. | Kamus Pelajar |