Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Beruk berjumpa pisang masak setandan.

Bermaksud :

Orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berjumpa1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjumpa(pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru BesarKamus Dewan Edisi Keempat
jumpa; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara ke­betulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan men­jumpai, penemuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ruas Ibahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati; bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~ nya prb perihal se­seorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar; beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak ~ buluh yg tidak ada ruasnya; peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menemui1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menemui1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
hajatsesuatu yg dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1 mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; meng­ingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2 memerlu­kan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jumpa; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hajatsesuatu yg dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini ialah hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1. mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; mengingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2. memerlukan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka.Kamus Pelajar
temu; bertemu 1 berjumpa (dgn); ber­sua (dgn): Dlm perjalanan itu, me­reka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. menemui 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. menemukan 1 mendapat atau mencipta sesuatu yg baru: Pakar-pakar perubatan telah ~ cara mengubati penyakit itu. 2 memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penye­lidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. mempertemukan 1 mem­bawa atau membuat supaya bertemu: Jika perlu, saya boleh ~ saudara dgn pegawai itu. ~ jodoh mengahwinkan. 2 menjadikan berhubungan atau ber­cantum: Beliau kemudian telah ~ kedua-dua belah hujung dawai itu. pertemuan 1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis. penemuan 1 sesuatu yg diperoleh atau yg ditemukan. 2 hal atau perbuatan menemui atau menemukan. penemu orang yg menemukan atau yg mencipta sesuatu yg baru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas