berpenghulukan | menganggap (menjadikan) seseorang sbg penghulu, berketuakan: orang-orang Bugis ~ Raja Haji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghulu | 1. sl ketua, kepala: ~ dapur; ~ kenaikan; Nabi Muhammad SAW adalah ~ segala nabi dan rasul; 2. ketua sebuah mukim, lurah, penggawa; 3. Mn ketua (kepala) adat; 4. Id ketua yg mengurus hal-hal agama daerah, kadi; 5. Id penasihat hal-hal agama Islam dlm mahkamah negeri; ~ andeka Mn ketua adat, undang; pantangan ~ menyingsingkan lengan prb orang yg berakal budi harus banyak berfikir dan jangan terdorong oleh hawa nafsu; berpenghulukan menganggap (menjadikan) seseorang sbg penghulu, berketuakan: orang-orang Bugis ~ Raja Haji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |