Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sam.bung] | برسامبوڠ

Definisi : 1. berhubung dgn (tali dll), ber­cantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-pan­jangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (per­tolongan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sam.bung] | برسامبوڠ

Definisi : 1 ada tam­bahan yg memanjangkannya: Tali yg ~ tidak berapa teguh. 2 dlm keadaan berhubung; berkaitan: Pagar rumah saya ~ dgn pagar rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang Jawa pulang ke Jawa,
     Kisi-kisi tiang bersambung;
Bukan mudah membuang nyawa,
     Nyawa tidak boleh diubah sambung.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersambung1 ada tam­bahan yg memanjangkannya: Tali yg ~ tidak berapa teguh. 2 dlm keadaan berhubung; berkaitan: Pagar rumah saya ~ dgn pagar rumahnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersambung1. berhubung dgn (tali dll), ber­cantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-pan­jangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (per­tolongan);Kamus Dewan Edisi Keempat
sambung; bersambung1 menjadikan sesuatu bersambung pd sesuatu yg lain; menggunakan sesuatu utk menyambung: Leher ~ kepala dgn badan.Kamus Pelajar
sambung-menyambung1. bersambung-sambung terus; 2. sambung-bersambung;Kamus Dewan Edisi Keempat
kursifIB tulisan yg huruf-hurufnya berangkai (bersambung) antara satu dgn lain, tulisan sambung (bersambung).Kamus Dewan Edisi Keempat
tulisan kursifIB tulisan yg huruf-hurufnya berangkai (bersambung) antara satu dgn lain, tulisan sambung (bersambung).Kamus Dewan Edisi Keempat
lanjar Ilabuh atau panjang (kerana dihulurkan dll), kurus tinggi; selanjar bersambung-sambung, berterusan: balak ~; keselanjaran perihal selanjar (bersambung-­sambung, berterusan): ~ kerja; melanjar Jk 1. menjadi atau bertambah panjang (kerana dihulurkan, tumbuh, dll); 2. menghulurkan (tali dll) panjang-panjang.Kamus Dewan Edisi Keempat
sambung; ~ tangan ki pertolongan, bantuan; bersambung 1. berhubung dgn (tali dll), ber­cantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-pan­jangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (per­tolongan); sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti; menyambung 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); sambung-menyambung 1. bersambung-sambung terus; 2. sambung-bersambung; menyambungkan 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu; sambungan 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; bersambungan mempunyai sambungan (tam-bahan, lanjutan); kata ~ Id kata terbitan; persambungan perihal (keadaan dsb) ber-sambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya popular merupakan ~ budaya tradisi; penyambungan perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; penyambung 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara.Kamus Dewan Edisi Keempat
berantai1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai be­rangkai-rangkai (berangkaian), ber­turut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rang­kai (bersambung-sambung);Kamus Dewan Edisi Keempat
rangkaisusunan atau kaitan beberapa benda yg telah dihubungkan atau dikaitkan. ~ hati kekasih. ~ kata kelompok beberapa kata. berangkai 1 dlm keadaan bersambung atau berhubungan: Syarikat besar mempunyai perniagaan ~ yg menjual pelbagai jenis barangan. 2 mempunyai kaitan atau hubungan dgn yg lain: Kejadian itu ~ dgn kegiatan penyeludupan yg berlaku. berangkai-rangkai, berangkaian bersambung-sambung; berkait-kait: Huruf Jawi ditulis ~. merangkaikan menghubungkan supaya berangkai-rangkai; mengaitkan: Awalan spt ber-, me-, ter- dirangkaikan dgn kata yg mengikutinya. rangkaian 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. berangkaian mempunyai rangkaian: Perniagaan itu ~ dgn perniagaan rakan niaga lain. perangkaian proses atau perbuatan merangkaikan sesuatu, spt sistem. perangkai sesuatu yg merangkaikan atau yg menghubungkan. serangkai sama atau satu rangkai. menyerangkaikan menjadikan serangkai: Dia ~ buah manggis itu sepuluh-sepuluh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas