selekoh | (selékoh) lengkok, kelok, liku, siku (jalan, sungai, dll): mereka telah menahan Sani di ~ jalan; ~ kota sudut atau penjuru benteng yg menganjur keluar; berselekoh 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselekoh | 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkelok-kelok | 1. banyak liku, berselekoh-selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liku I | 1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~ kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelok | (kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai); berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh Encik Ramli; berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekohselekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; mengelok berkelok; mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |