Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selisih (kata nama)
Bersinonim dengan beza, perbezaan, kelainan, jauhnya, jarak, kacek, selang, lat, tengkang, senggang, jauh, langkau;,
Kata Terbitan : berselisih, menyelisihkan;memperselisihkan, perselisihan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selisihapa-apa yg menjadikan sesuatu berbeza drpd yg lain; beza: Umurnya dgn umur saya tidak jauh ~nya. ~ faham berlainan faham; salah faham. berselisih 1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. 2 berlainan pendapat dll; tidak bermuafakat antara satu dgn yg lain: Mereka dpt bekerjasama dgn baik dan tidak pernah ~. 3 bertemu di jalan dlm keadaan bergerak tetapi menuju arah yg berlainan; berpapasan: Lorong itu dijadikan jalan sehala kerana sempit dan kenderaan tidak dpt ~. perselisihan perbezaan pendapat dll; perbalahan; pertikaian: Tidak berapa lama kemudian, berlakulah ~ antara orang Riau dgn orang Belanda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selisih1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur kakaknya; 2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau berlainan (pendapat dll); ~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat); berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; menyelisihkan, memperselisihkan 1. me­­nim­­bulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, memper­tikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dsb) yg berselisih: tugas yg asas ialah menye­diakan standard dan arahan bagi meng­hitung dan membuat ~ jadual data tersebut; perselisihan 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perba­lahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berselisih1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. 2 berlainan pendapat dll; tidak bermuafakat antara satu dgn yg lain: Mereka dpt bekerjasama dgn baik dan tidak pernah ~. 3 bertemu di jalan dlm keadaan bergerak tetapi menuju arah yg berlainan; berpapasan: Lorong itu dijadikan jalan sehala kerana sempit dan kenderaan tidak dpt ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berselisih1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bentrok; berbentrokan berlanggar, berselisih, bertengkar, bertentangan: anak itu selalu ~ dgn abangnya; membentrokkan 1. melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan: ia ~ keretanya pd tiang lampu; 2. membuat orang berselisih, melagakan, mengadudombakan: ~ anak dgn bapa;bentrokan perselisihan, pertentangan, pertengkaran: ~ antara kedua-dua mereka itu sudah diselesaikan oleh orang tua mereka;pembentrokan perihal membentrokkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berselisih1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen.Kamus Pelajar
bertelagah1. berlainan pendapat, berselisih faham, bertelingkah: dia memberi amaran kpd kedua-dua belah pihak yg ~ itu supaya jangan memainkan api fitnah; 2. bertengkar mulut, berbantah: suami isteri itu mulai ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertelagah1 berlainan pen­dapat; berselisih faham: Kedua-dua pihak yg ~ itu dinasihati supaya berbaik-baik semula. 2 saling menuturkan sesuatu utk menegakkan kebenaran masing-masing; bertengkar; berbalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
telagahbertelagah 1. berlainan pendapat, berselisih faham, bertelingkah: dia memberi amaran kpd kedua-dua belah pihak yg ~ itu supaya jangan memainkan api fitnah; 2. bertengkar mulut, berbantah: suami isteri itu mulai ~; pertelagahan perihal bertelagah, perbantahan, perselisihan, pertelingkahan, per­tikaian: ~ sengit telah berlaku antara guru-guru Melayu dgn Kementerian Pendidikan mengenai pelajaran menengah Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
telagah; bertelagah 1 berlainan pen­dapat; berselisih faham: Kedua-dua pihak yg ~ itu dinasihati supaya berbaik-baik semula. 2 saling menuturkan sesuatu utk menegakkan kebenaran masing-masing; bertengkar; berbalah. pertelagahan perbuatan atau perihal bertelagah; pertengkaran; perbalahan: Ayah mencuba menyelesaikan ~ antara mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas