penyu | sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertelur | 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertelur | ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk mengawan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki menggugurkan bom (dr kapal terbang), mengebom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertelur | 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. | Kamus Pelajar |
bertelur | 1 mengeluarkan telur. | Kamus Pelajar |
ketuk II | bunyi spt bunyi ayam yg baru selesai bertelur. berketuk berbunyi spt bunyi ayam yg baru bertelur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketuk II | bunyi ayam yg baru bertelur; berketuk berbunyi (bkn ayam yg baru bertelur), berkotek; barang siapa yg ~ dialah yg bertelur prb orang yg berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran itulah yg telah melakukan perkara yg disindirkan itu; ~ di luar sangkar, bertanam di luar pagar prb mengemukakan keterangan-keterangan lanjut sesudah selesai perkara diputuskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketuk II | bunyi spt bunyi ayam yg baru selesai bertelur. berketuk berbunyi spt bunyi ayam yg baru bertelur. | Kamus Pelajar |
pajak | 1 hak utk mengusahakan sesuatu dgn membayar sewa: Apabila sampai musim penyu bertelur, kerajaan mengeluarkan tawaran ~ utk kawasan tempat penyu bertelur itu. 2 wang yg wajib dibayarkan kpd kerajaan kerana sesuatu hal; cukai: ~ tanah; ~ jalan. ~ gadai a. hak atau kuasa utk membuka rumah gadai. b. = rumah ~ kedai tempat menggadaikan barang-barang. ~ judi rumah tempat berjudi. memajak mengusahakan atau mengendalikan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll: Saudagar yg banyak modal ~ kawasan pantai itu hingga tiga empat batu panjangnya. memajakkan menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. pemajakan perbuatan (hal dsb) memajak atau memajakkan. pemajak orang yg memajak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketak I | bunyi spt bunyi ketukan pd papan; ketuk-~ bunyi ayam yg baru bertelur; berketak, berketak-ketak, berketuk-ketak berbunyi ketuk-ketak (bkn ayam yg baru bertelur); berketak-ketik 1. berbunyi spt bunyi jam; 2. berdebar-debar (hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |