derak | bunyi spt bunyi dahan patah (buluh dibelah, daun pintu bersanggit, dll), bunyi berkertak; ~-derik bunyi derak berulang kali; berderak berbunyi berkertak, mengeluarkan bunyi derak; ~-derik berderak berulang kali; berderak-derak berbunyi berkertak-kertak, berderak berulang kali; menderak-derak, menderak-derakkan mengeluarkan bunyi kertak (dgn geraham), membunyikan kertak (dgn geraham), berteriak: gembiralah, pekiklah, dan derak-deraklah suara itu agar kamu mencapai kepuasan yg setinggi-tingginya; derakan bunyi derak (kertak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derak-derik | bunyi derak berulang kali; berderak-derik berderak berulang kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyuruh-nyuruh | menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menari ganda-berganda | menari berkali-kali (berulang kali); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganda-berganda | berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deram I | = deraman bunyi yg kuat menggegar spt bunyi gendang besar (aum harimau, guruh, dll); ~-derum bunyi deram yg berulang kali; berderam = menderam berbunyi dgn kuat (spt bunyi gendang besar, guruh, enjin kereta, dll), bergemuruh: sesekali guruh menderam di sebelah barat; ~-derum berderam (berbunyi deram) berulang kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berganda-ganda | berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renjis I | percik, recik; merenjis mengenakan air dgn memercikkannya: kain-kain direnjis dgn air sebelum diseterika; merenjis-renjis merenjis beberapa kali atau berulang kali: dgn cermat, dia ~ pokok bunga itu dgn air; merenjiskan memercikkan, merecikkan: istiadat ~ tepung tawar dan menabur beras kunyit; merenjis-renjiskan merenjiskan beberapa atau berulang kali: seorang wanita kelihatan sedang ~ air pd mempelai lelaki yg baru tiba itu; renjisan bahan yg direnjiskan, percikan: ~ air mawar; perenjisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) merenjis, merenjiskan atau merenjis-renjiskan (air dsb): ~ air mawar pd kedua-dua mempelai; perenjis 1. alat utk merenjiskan; 2. orang yg merenjis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkali-kali | berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengecupi | mengecup berulang kali atau utk beberapa ketika: maka Tun Tuah pun tersenyum-senyum seraya dikecupinya akan pustakanya itu; ®kucup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |