wajah | air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wajah | 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keadaan luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwajah | 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berwajah | 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampilkan | 1. membawa ke muka (ke depan), memajukan, mengemukakan: maka baginda pun terlalu marah, segera ~ gajahnya mengusir Seri Nara Diraja; penulis ~ karya yg memberatkan tema-tema persoalan; 2. memperlihatkan, menampakkan, menunjukkan: orang yg berwajah murung itu kini ~ senyuman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dekor | (dékor) 1. IB perlengkapan pentas (spt tirai, hiasan, dll) utk pertunjukan sandiwara; 2. gaya atau keseluruhan alat hiasan yg memberikan wajah tertentu kpd sesuatu tempat (spt bilik, rumah, dsb): sesuai dgn struktur pembinaannya, ~ banglo berwajah antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waswas | I 1. (perasaan) sangsi: dia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; 2. (perasaan) curiga, kecurigaan: drpd perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya; seorang babu yg tidak pernah aku lihat yg berwajah samseng mengerling aku dgn ~ dr pintu; 3. khuatir: janganlah Datuk berasa ~ terhadap perkataan hamba; mewaswaskan menyebabkan berasa waswas: saya ingat tidak ada apa-apa lagi yg boleh ~ hati; kewaswasan rasa (keadaan) waswas: dlm dirinya ada ~ tentang kesahan sembahyangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selera I | (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu makan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatangkan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampil | = menampil ark 1. datang atau melangkah ke hadapan (ke muka), maju ke muka: sebelum berlaku pertempuran antara dua pihak itu, tiba-tiba ~ seorang panglima dr pihak orang Musyrikin; 2. mengambil peranan, mengambil daya usaha: kita harap banyak lagi wanita kita ~ ke depan utk memenuhi lapangan ini; menampilkan 1. membawa ke muka (ke depan), memajukan, mengemukakan: maka baginda pun terlalu marah, segera ~ gajahnya mengusir Seri Nara Diraja; penulis ~ karya yg memberatkan tema-tema persoalan; 2. memperlihatkan, menampakkan, menunjukkan: orang yg berwajah murung itu kini ~ senyuman; penampilan perihal (tindakan, usaha) menampilkan (mengemukakan) seseorang atau sesuatu: kesan seninya akan mengatasi kesan ~ pengarang sbg dalang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembut | 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |