berwangi-wangian | memakai wangi-wangian: si isteri juga digalakkan ~ ketika suami berada di rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wangi I | 1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal, harum: namanya menjadi ~ di seluruh negeri; wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum; berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga digalakkan ~ ketika suami berada di rumah; mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya; mewangikan menjadikan wangi, mengharumkan: teh ini dibubuh sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya tetapi utk ~nya; wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi; kewangian perihal wangi, bau wangi, ke-haruman; ewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi), pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |