Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar;

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gelombang1 gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut, besar ~nya. 2 gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3 gerakan, spt serangan yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ haba gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1 bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2 bergerak atau berlaku berturut-turut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
patih1 panggilan utk orang besar-besar yg bererti tuan. 2 pembesar negara yg terkanan; perdana menteri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengadapmenghadap (raja atau orang besar-besar); menemui: Tun Bija Sura telah dititahkan masuk ~ Sultan Melaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menumbangkan1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan: pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
berdatang sembahberkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertunggu1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tun1. sl kep tuan (gelaran orang besar-besar zaman kerajaan Melayu dahulu yg umumnya diwarisi): ~ Tuah, ~ Bijasura; 2. gelaran utk orang yg dianugerahi bintang Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang di-Pertuan Agong: ~ Abdul Razak; ~ Abdul Malek; pertunan sekalian orang yg bergelar Tun.Kamus Dewan Edisi Keempat
usungan1. alat utk mengusung (tandu dll): orang besar-besar dibawa dlm ~ dan dikelilingi oleh pengiring-pengiring; 2. benda yg diusung; 3. alat yg terdiri drpd dua batang kayu, kanvas dsb utk mengusung orang yg sakit, cedera dsb dlm keadaan terbaring;Kamus Dewan Edisi Keempat
tempulingsj lembing (tombak) pendek utk menangkap ikan yg besar-besar, cempuling.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas