KB | kep Kota Bharu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semalam | 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kelantan | negeri di timur laut Semenanjung, keluasan 14 893 km2, Kota Bharu sbg ibu negeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berada | 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berada | 1.hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2. berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. | Kamus Pelajar |
malam | = ~ hari waktu sesudah matahari masuk sehingga matahari terbit. ~ buta malam yg sangat gelap. ~ ini (karang) waktu malam yg akan tiba sesudah siang ini. ~ minggu waktu malam sebelum hari minggu. malam-malam sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. bermalam 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. kemalaman mengalami hari malam: Mereka terlewat dan ~ dlm perjalanan ke sini. semalam 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? semalaman, semalam-malaman sepanjang malam: Saya tidak dpt tidur ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ada | 1 hadir: Emak saya tidak ~ di rumah. 2 mempunyai: Orang itu ~ harta. 3 benar; sungguh: Saya ~ menerima surat drpdnya. ada-ada; ~ saja selalu saja ada yg dikatakan atau yg diminta. adalah 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. adapun perihal; ttg hal: ~ anak raja itu tersangatlah buas serta nakal. berada 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. keberadaan keadaan atau hal berada (di sesuatu tempat); kehadiran: Dlm siasatan itu, ~nya di tempat kejadian menimbulkan tanda tanya. mengada-ada 1 berbuat sesuatu (spt meminta, berkata, berfikir) yg bukan-bukan. 2 berbuat sesuatu kerana hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. mengadakan 1 menjadikan ada; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam ini. 2 menyebabkan ada; menyediakan (wang, tempat dll); menubuhkan (persatuan dsb): Mereka berusaha ~ kelas bimbingan utk ahli-ahli persatuan itu. keadaan 1 suasana yg meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb): ~ darurat di Tanah Melayu telah diisytiharkan tamat dlm bulan Julai 1960. 2 rupa atau sifat sesuatu benda yg dpt dilihat: ~ dlm bilik itu sangat bersih dan teratur. berkeadaan berada dlm keadaan: Perabot dan barang-barang dlm rumah itu ~ baik. pengadaan perihal atau perbuatan mengadakan: ~ institusi tempat menimba ilmu dpt membantu anak-anak muda mendapatkan ilmu pengetahuan. seadanya 1 mana-mana yg ada saja: Jemputlah makan ~. 2 dlm keadaan yg sedia ada: Si gadis sanggup menerima jejaka itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ada | 1. hadir: Emak saya tidak ~ di rumah. 2. mempunyai: Orang itu ~ harta. 3. benar; sungguh: Saya ~ menerima surat drpdnya. ada-ada; ~ saja selalu saja ada yg dikatakan atau yg diminta. adalah 1. (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miskin. 2. (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya) ialah: Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. adapun perihal; ttg hal: ~ anak raja itu tersangatlah buas serta nakal. berada 1. hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2. berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. mengada-ada 1. berbuat sesuatu (spt meminta, berkata, berfikir dsb) yg bukan-bukan. 2. berbuat sesuatu kerana hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. mengadakan 1. menjadikan ada; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam ini. 2. menyebabkan ada; menyediakan (wang, tempat dll); menubuhkan (persatuan dsb): Mereka berusaha ~ kelas bimbingan utk ahli-ahli persatuan itu. keadaan 1. suasana yg meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb): ~ darurat di tanah Melayu telah diisytiharkan tamat dlm bulan Julai 1960. 2. rupa atau sifat sesuatu benda yg dpt dilihat:~ dlm bilik itu sangat bersih dan teratur. seada-adanya mana-mana yg ada saja. | Kamus Pelajar |