Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilakah

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Orang yang menunggu perigi itu,
     bilakah ia mati dahaga?

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan orang yang berilmu lambat-laun akan berilmu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
leluasa1. tidak terbatas atau tersekat-sekat (kelakuan, perbuatan, dsb), bebas: bilakah kita akan bertemu pula dgn ~? 2. lapang (kawasan dll), terbuka, luas; berleluasa berbuat sesuatu dgn bebas atau sesuka hati: pd suatu masa pencuri dan penyamun ~ dlm negeri Melaka; keleluasaan perihal leluasa (pergerakan, kelakuan, dsb), kebebasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tauliah1. pelantikan menjadi wali (wakil dll), surat pelantikan (menjadi wali, wakil, dll): bilakah ada pilihan raya memilih saya jadi ketua kampung, mana ~nya? 2. surat kuasa (sbg wakil dll), surat kepercayaan; bertauliah mempunyai tauliah, ada tauliah-nya: hanya amil-amil yg ~ sahaja yg boleh menerima zakat drpd orang ramai; mentauliahi memberi tauliah kpd;mentauliahkan memberi tauliah, memberi kuasa: adalah yg berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;pentauliahan penyampaian (pemberian) tauliah: teman wanitanya tidak dapat ber-samanya di majlis ~ pegawai kadet itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
agak-agak1 hati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2 = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana?Kamus Pelajar Edisi Kedua
agak-agak1. berhati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2 = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana?Kamus Pelajar
mempertautkan1. men­jadi­kan bertaut kembali; kaca dgn sekali banting dapat dihancurkan, tetapi memper­taut­kannya kembali: tidak semudah itu; 2. mem-perhubungkan (dgn), mempertalikan (dgn), mempertemukan: bilakah akan dapat diper-tautkan dan diperdekatkan perhu­bungan Amerika dgn Eropah; 3. memusatkan (dgn), menyatukan (dgn): perintah itu ber­tujuan utk ~ golongan-golongan antara manusia; 4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pd;Kamus Dewan Edisi Keempat
menautkan1. men­jadi­kan bertaut kembali; kaca dgn sekali banting dapat dihancurkan, tetapi memper­taut­kannya kembali: tidak semudah itu; 2. mem-perhubungkan (dgn), mempertalikan (dgn), mempertemukan: bilakah akan dapat diper-tautkan dan diperdekatkan perhu­bungan Amerika dgn Eropah; 3. memusatkan (dgn), menyatukan (dgn): perintah itu ber­tujuan utk ~ golongan-golongan antara manusia; 4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pd;Kamus Dewan Edisi Keempat
perigilubang (yg digali dlm tanah) utk men­dapatkan air, sumur: kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf perigi utk digunakan oleh orang ramai; lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
agak1 pendapat yg berdasarkan tekanan semata-mata; sangka: ~ saya, dia sakit hari ini, oleh sebab itulah ia tidak datang. 2 lebih kurang; kira-kira: ~ dua hari lamanya, dia berada di Ipoh utk menyelesaikan urusannya di sana. agak-agak 1 hati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2 = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana? beragak, beragak-agak 1 bermaksud (bercadang, berniat) melakukan sesuatu: Dia ~ membuka sebuah syarikat perniagaan tetapi kekurangan modal. 2 berhati-hati atau beringat-ingat (ketika melakukan sesuatu). mengagak membuat kesimpulan berdasarkan tekaan semata-mata; menyangka; menduga: Saya ~ mungkin mereka ditimpa kemalangan. mengagakkan menentukan sesuatu dgn hati-hati; menetapkan: Pemborong itu ~ bahawa projek tsb akan memakan belanja sebanyak dua juta ringgit. teragak 1 = teragak-agak terfikir-fikir (sebelum melakukan sesuatu); terkira-kira: Dia ~ hendak memberitahukan kesulitannya kpd pegawai itu. 2 = teragak-agak berasa segan atau ragu-ragu: Kerajaan tidak akan ~ menghukum mereka yg hendak memecahbelahkan rakyat. 3 berasa ingin: Sesekali, ~ juga dia hendak pulang ke kampungnya. agakan sesuatu yg dijangka atau diduga: ~nya tepat sekali apabila keputusan tsb diumumkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
agak1. pendapat yg berdasarkan tekaan semata-mata; sangka: ~ saya, dia sakit hari ini, oleh sebab itulah ia tidak datang. 2. lebih kurang; kira-kira: ~ dua hari lamanya, dia berada di Ipoh utk menyelesaikan urusannya di sana. agak-agak 1. berhati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2. = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana? beragak, beragak-agak 1. bermaksud (bercadang, berniat) melakukan sesuatu: Dia ~ membuka sebuah syarikat perniagaan tetapi kekurangan modal. 2. berhati-hati atau beringat-ingat (ketika melakukan sesuatu). mengagak membuat kesimpulan berdasarkan tekaan semata-mata; menyangka; menduga: Saya ~ mungkin mereka ditimpa kemalangan. mengagakkan menentukan sesuatu dgn berhati-hati; menetapkan: Pemborong itu ~ bahawa projek tsb akan memakan belanja sebanyak dua juta ringgit. teragak 1. = teragak-agak terfikir-fikir (sebelum melakukan sesuatu); terkira-kira: Dia ~ hendak memberitahukan kesulitannya kpd pegawai itu. 2. = teragak-agak berasa segan atau ragu-ragu: Kerajaan tidak akan ~ menghukum mereka yg hendak memecahbelahkan rakyat. 3. berasa ingin: Sesekali, ~ juga dia hendak pulang ke kampungnya.Kamus Pelajar
taut Ibertaut 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; ~ tangan berjabat (berpegangan) tangan; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), ber-tumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup;menautkan, mempertautkan 1. men­jadi­kan bertaut kembali; kaca dgn sekali banting dapat dihancurkan, tetapi memper­taut­kannya kembali: tidak semudah itu; 2. mem-perhubungkan (dgn), mempertalikan (dgn), mempertemukan: bilakah akan dapat diper-tautkan dan diperdekatkan perhu­bungan Amerika dgn Eropah; 3. memusatkan (dgn), menyatukan (dgn): perintah itu ber­tujuan utk ~ golongan-golongan antara manusia; 4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pd; tautan hasil bertaut, hubungan, kaitan, cantuman: kesan yg negatif ini mungkin ada ~nya dgn kejadian yg lalu; pertautan perihal bertaut, perhubungan, per-talian: puisi adalah hasil ~ jiwa penyair dan alam di sekitar; taup.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas