komputer | alat elektronik yg menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yg dikehendaki atau yg diarahkan. ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit. ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba. ~ generasi kedua ist komputer yg menggunakan teknologi transistor. ~ hos komputer yg disambungkan pd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain. ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja. ~ peribadi komputer yg direka utk kegunaan seseorang individu, yg biasa digunakan di pejabat, rumah dan sekolah; PC. ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku. ~ serba guna ist komputer yg boleh mengendalikan pelbagai atur cara atau perisian komputer. ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan. mengkomputerkan menyimpan atau memproses maklumat dgn menggunakan komputer. pengkomputeran proses dsb mengkomputerkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komputer | alat elektronik yg menyimpan maklumat pd cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan; ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit; ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba; ~ hos komputer yg disambungkan kpd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain; ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja; ~ peribadi komputer kecil yg dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu; ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku; ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan; berkomputer yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; mengkomputerkan 1. menggunakan atau melengkapkan dgn komputer (utk melaksanakan sesuatu kerja): ~ pejabat; 2. memproses atau menyimpan maklumat dsb dgn menggunakan komputer: data itu telah dikomputerkan; pengkomputeran perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bimbit | ; membimbit membawa sesuatu dgn jari; menjinjing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bimbit | membimbit membawa sesuatu dgn jari; menjinjing. | Kamus Pelajar |
bimbit | ; membimbit 1. membimbing: aku kurang mengerti bagaimana engkau orang Timur telah berani membimbit-bimbit dan mengepit-ngepit tangan aku; 2. menjinjing: Ali ~ bakul utk ke pasar; bimbitan sesuatu yg dibimbit; pembimbit orang yg membimbit sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komputer bimbit | komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komputer bimbit | komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komputer bimbit(portable computer / briefcase computer) | 1. Sistem komputer yang dibina supaya boleh dipindahkan dengan mudah. 2. Komputer kecil yang saiznya sebesar beg bimbit. | Kamus Komputer |
telefon bimbit | telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telefon bimbit | telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |