pengolahan bit(bit manipulation) | Pemeriksaan dan mungkin juga penukaran satu bit atau sekumpulan kecil bit dalam satu perkataan. | Kamus Komputer |
strim bit(bit stream) | Deretan bit yang dikirim berturut-turut sebagai isyarat berterusan. | Kamus Komputer |
ketumpatan bit(bit density) | Jumlah bit yang boleh dirakamkan atau dipegang oleh sesuatu bahantara dalam bahantara seunit panjang atau seunit luas bahantara tersebut. | Kamus Komputer |
baldi bit(bit bucket) | Tempat takungan maya yang ditentukan untuk menerima bit lebihan daripada anjakan atau tindakan membuang kata dari daftar atau ingatan. Konsep baldi bit ini diwujudkan untuk menyenangkan pengimbangan data. | Kamus Komputer |
pindahan bit(bit transfer) | Pindahan data dalam bentuk bit dari satu punca ke punca lain. | Kamus Komputer |
peta bit(bit map) | 1. Tatasusunan yang terdiri daripada bit yang membentuk corak objek. 2. Kawasan dalam ingatan komputer yang dikhaskan untuk memegang corak paparan grafik. | Kamus Komputer |
ujian bit(bit test) | Ujian yang dijalankan untuk meneliti sama ada bit bernilai logik 1 atau logik 0. | Kamus Komputer |
imej bit(bit image) | Objek yang dipaparkan pada skrin yang dibentuk daripada kumpulan bit yang tersimpan dalam bentuk matriks dalam ingatan komputer. | Kamus Komputer |
penghentaman bit(bit banging) | Kerja pengaturcaraan atau penyahpepijatan yang dilakukan secara terperinci pada peringkat bit kod. | Kamus Komputer |
kadar pindahan bit(bit transfer rate) | Kadar jumlah isyarat bit yang boleh melalui saluran dalam tempoh masa tertentu. | Kamus Komputer |