amput | ; mengamput bk bersetubuh; amputan bk 1. kemaluan perempuan; 2. gundik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buncit | 1. besar perut, gendut: kerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~; 2. bk mengandung, bunting: Lijah sudah ~ lima bulan;membuncit menjadi buncit, nampak buncit: walaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yg ~; membuncitkan 1. membesarkan (perut), menggendutkan: ~ perut; 2. bk menyebabkan mengandung, membuntingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyah | bk pergi: ~ engkau dr sini! mengenyahkan 1 menghalau supaya pergi; menyuruh pergi. 2 mengeluarkan: Paru-paru mengambil bahagian penting dlm kerja ~ karbon dioksida. pengenyahan hal, proses mengenyahkan atau mengeluarkan; pembuangan; pengeluaran: Organ utama yg berkaitan dgn ~ bahan-bahan sisa dlm tubuh ialah buah pinggang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mampus | bk mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persetan | bk jahanam: ~lah dgn mesyuarat; syaitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyengam | bk memakan sampai habis, membaham. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semburit | bk persetubuhan sesama lelaki; bersemburit bersetubuh sesama lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyasau | bk makan banyak-banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meranggah | bk 1. makan dgn gelojoh: semua buah-buahan habis diranggah oleh mereka; 2. Kd tertawa (dgn kuat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyah | bk pergi, berhambus, lari: sudahlah, ~lah kau semua balik; mengenyahkan 1. menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari): penjarah ditembak, dinyahkan dan diikat di ekor kuda; syaitan di dunia ini dapat dinyahkan dr kampung kita; 2. menghilangkan, menghapuskan, me-lenyapkan: bahan peluntur itu ada kuasa ~ bau; ternyah telah disingkirkan (diketepikan, dihapuskan dsb), terhapus: kanak-kanak didedahkan kpd watak-watak “hebat” yg ~ drpd kualiti yg hendak dihasilkan oleh proses pendidikan; pengenyahan perihal (proses, perbuatan) mengenyahkan, perihal menghilangkan (melenyapkan), penghapusan: proses ~ asid bertujuan membersihkan fiber kertas drpd unsur-unsur asid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |