reka bentuk borang(forms design) | 1. Reka bentuk bagi acuan paparan untuk memudahkan pengguna memasukkan data. 2. Proses mencipta bentuk persembahan bagi borang kertas atau borang paparan. | Kamus Komputer |
borang elektronik | ist borang yg dipaparkan pd skrin komputer yg boleh diisi terus dgn menggunakan komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belangko | IB 1. tidak diisi (borang dll), kosong; 2. borang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suap borang(form feed) | Sistem penyaluran kertas cetakan pada semua pencetak komputer yang membolehkan kertas cetakan digerakkan ke baris pertama halaman borang kertas cetakan yang mengekor. Ini membolehkan halaman yang terdahulu dipisahkan daripada helaian utama. Suap borang ini boleh digerakkan sama ada dengan menekan butang khas pada pencetak atau apabila pencetak menerima kod aksara suap borang daripada komputer. | Kamus Komputer |
borang II | Jk ranjau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
borang I | kertas bercetak yg padanya ada ruang utk dimasukkan maklumat yg dikehendaki atau diminta: ~ cukai pendapatan; mengisi ~ utk memohon pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
borang(form) | Dokumen terformat dalam bentuk kertas atau elektronik untuk merakamkan nilai atau data dalam bentuk yang kemas dan berstruktur. | Kamus Komputer |
borang | kertas bercetak yg berisi beberapa bahagian yg dikosongkan utk dipenuhi ketika memohon sesuatu dsb. | Kamus Pelajar |
borang bentangan kad(card layout form) | Borang yang digunakan untuk menulis bentuk susunan objek dalam kad. | Kamus Komputer |
penyuapan borang(form feeding) | Tindakan menyusun dan memasukkan borang atau kertas cetakan secara automatik dengan pantas dan jitu ke dalam pencetak. | Kamus Komputer |