koktel | (koktél) 1. minuman keras yg disediakan drpd campuran beberapa jenis minuman keras lain; 2. pembuka selera yg terdiri drpd makanan laut atau campuran buahbuahan: ~ buah; ~ udang; ~ buah buah-buahan campur spt nanas, tembikai, anggur dsb yg dipotong kecil-kecil utk dimakan sbg sebahagian drpd hidangan; ~ udang masakan yg terdiri drpd udang sbg bahan utamanya serta juga salad dan sos, biasanya dimakan sbg pembuka selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halwa | 1. buah-buahan yg direndam dlm air gula, manisan buah-buahan: ~ belimbing; ~ betik; ~ pala; 2. penganan yg manis; ~ maskat sj penganan (dibuat drpd tepung gandum, minyak sapi, gula, dll); 3. ki sesuatu yg menyedapkan (mata, telinga, dll); ~ mata sesuatu yg menyedapkan pandangan; ~ nikmat berbagai-bagai penganan (benda yg lazat-lazat); ~ rambut sj gula-gula yg menyerupai kapas (biasanya berwarna merah jambu), alusmitai; ~ telinga sesuatu yg menyedapkan pendengaran (spt lagu, qasidah, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
colek (colék) III | Kl, Tr 1. buah-buahan yg dicecah dgn pencecah; 2. sj sambal yg cair utk dicecah dgn buah-buahan, keropok, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jeruk I | 1. buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yg telah diasamkan (atau diasinkan): buah ~; ikan ~; telur ~; 2. Id limau; ~ bali limau bali, Citrus maxima; ~ manis limau manis, Citrus suhuiensis ; ~ nipis limau nipis, Citrus aurantifolia; ~ purut limau purut, Citrus hystrix; menjeruk mengasamkan (mengasinkan) buah-buahan dll; ~ hati ki menyeksa, menyebabkan (batin seseorang) menderita; ~ rasa ki menyimpan atau memendam perasaan di dlm hati hingga terseksa atau menderita: anak perempuannya pernah menyatakan bahawa ibunya ~ rasa akibat ayahnya kahwin lain; penjerukan proses menjeruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halwa | 1 buah-buahan yg dicampurkan atau yg direndam dlm air gula: ~ belimbing. 2 penganan yg manis-manis. ~ maskat kuih yg dibuat drpd tepung gandum, minyak sapi, gula dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buah-buahan | 1. buah tiruan; 2. bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkal | 1 belum masak benar (bkn buah-buahan): buah jambu yg masih ~. 2 berasa keras dlm perut. ~ hati marah dlm hati; mendongkol. bermengkal; ~ hati berasa kesal dlm hati; berasa marah dlm hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berongsong | 1. pembungkus buah-buahan (supaya jangan dimakan binatang); 2. salut muncung anjing (agar tidak menggigit); memberongsong 1. membungkus (buah-buahan) dgn berongsong; 2. menyalut muncung anjing dgn berongsong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lerai | gugur dr tangkai (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus spt langsat, rambai); luruh: buah yg ~. meleraikan 1 menanggalkan buah dr tangkainya (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus). 2 menghentikan atau menceraikan orang yg sedang berkelahi dll: Pak Mat mencuba ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu tetapi tidak berjaya. terlerai dpt dipisahkan (bkn orang yg berkelahi dll); tercerai. pelerai 1 orang yg meleraikan (perkelahian dll). 2 ubat dll yg digunakan supaya terhindar drpd penyakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengopek | 1 membuang kulit buah-buahan; mengupas; mengopak (utk mengambil isinya): ~ kelapa. 2 mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |