Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budaya Melayu


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengglobalisasikanmenyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
institusi1. badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; ~ kewangan bank dsb; ~ pengajian tinggi universiti atau maktab; 2. sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll: ~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dlm budaya Melayu berabad-abad lamanya; penghuraian terhadap ~ agama Islam; menginstitusikan menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan; keinstitusian yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains.Kamus Dewan Edisi Keempat
globalisasiproses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
budaya1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~;~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa;berbudaya mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dgn akal budi yg sudah maju: bangsa yg ~;membudaya menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk kebudayaan: hukuman moral ini belum ~ di negara ini;membudayakan 1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya:berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~ masyarakat; 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat;pembudayaan proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dll): ~ ilmu di kalangan pelajar penting utk pembinaan negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
tamadun1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kema­ju­an kebendaan serta perkembangan pemikir­an (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, per­adaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, per­adaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikir­an (budaya dan moral) yg halus, peradaban; bertamadun 1. telah mencapai tamadun, ber­peradaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlm proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemajmukansifat atau keadaan majmuk, kepelbagaian yg terdapat dlm sesuatu (ga­bungan, kesatuan, dll): ~ imej budaya Ma-laysia sebelum 1969 telah bertukar kpd budaya Malaysia yg berteraskan kebudayaan Melayu; ~ masyarakat negara Malaysia;Kamus Dewan Edisi Keempat
kongres I(kongrés) mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu dsb: masalah memajukan bahasa Melayu, dan membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu telah dibincangkan dlm beberapa ~ yg telah diadakan; berkongres mengadakan kongres: mereka ~ lagi utk membincangkan masalah lain pula.Kamus Dewan Edisi Keempat
budaya1 kemajuan jasmani dan rohani manusia serta juga kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman; peradaban: Pd abad yg kesepuluh, ~ Arab jauh lebih tinggi drpd ~ Eropah. 2 sudah maju atau beradab: jiwa yg ~ jiwa yg telah maju. berbudaya mempunyai budaya; mempunyai fikiran dan akal budi yg sudah maju. membudayakan mendidik supaya berbudaya (beradab); menjadikan seseorang atau sesuatu berbudaya; ~ masyarakat. kebudayaan 1 kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dlm pelbagai bidang: Beliau sedang membuat penyelidikan ttg ~ Melayu. 2 usaha atau daya mencipta atau berfikir dlm pelbagai bidang hidup manusia: Universiti seharusnya menjadi pusat ~ dan bukan hanya menjadi pusat pengajian tinggi. budayawan orang yg berkecimpung dlm hal-hal kebudayaan; ahli kebudayaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
intrinsiksbg sebahagian drpd sifat atau ciri seseorang atau sesuatu: perubahan ~ yg berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg orang Melayu yg terpengaruh dgn budaya; kekreatifan sebahagian besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap, nilai, dan dorongan.Kamus Dewan Edisi Keempat
budaya1. kemajuan jasmani dan rohani manusia serta juga kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman; peradaban:Pd abad yg kesepuluh, ~ Arab jauh lebih tinggi drpd ~ Eropah. 2. sudah maju atau beradab: jiwa yg ~ jiwa yg telah maju. berbudaya mempunyai budaya; mempunyai fikiran dan akal budi yg sudah maju. membudayakan mendidik supaya berbudaya (beradab); menjadikan seseorang atau sesuatu berbudaya;~ masyarakat. kebudayaan 1. kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dlm pelbagai bidang:Beliau sedang membuat penyelidikan ttg ~ Melayu. 2. usaha atau daya mencipta atau berfikir dlm pelbagai bidang hidup manusia: Universiti seharusnya menjadi pusat ~ dan bukan hanya menjadi pusat pengajian tinggi. budayawan orang yg berkecimpung dlm hal-hal kebudayaan; ahli kebudayaan.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas