penimbal(buffer) | 1. Kawasan ingatan yang dikhaskan untuk memegang data secara sementara sebelum data dipindahkan ke peranti lain. 2. Peranti yang digunakan sebagai perantara bagi pemindahan data di antara dua peranti yang tidak serasi. | Kamus Komputer |
penimbal cakera(disk buffer) | Kawasan dalam ingatan utama yang telah dikhaskan untuk memegang data yang masih belum dapat dipindahkan kepada cakera. | Kamus Komputer |
penimbal aksara(character buffer) | Daftar atau kawasan ingatan yang digunakan untuk memegang aksara secara sementara sebelum aksara tersebut diproses. | Kamus Komputer |
dominan | 1. berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sbg ‘buffer’ dlm suatu pertembungan; terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |