taklid | Ar 1. pegangan pd pendapat ahli hukum yg muktabar; 2. percaya bulat-bulat kata orang, menurut (meniru, meneladani orang lain); 3. = ~ buta hanya menurut (mengikut) sahaja;bertaklid berpegang pd pendapat ahli hukum yg muktabar: namun bagi golongan awam, mereka memang perlu ~ kpd para ulama atau mereka yg lebih mengetahui;bertaklidkan bertaklid kpd: mereka wajib ~ para nabi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulat kata | sepakat; sehati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulat kata | semuafakat, seia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulat-bulat | 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing;Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulat-bulat | 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulat-bulat | 1. sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2. semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. | Kamus Pelajar |
pembetung | 1. sesuatu yg berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya spt buluh utk menyalurkan air dsb: bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat; 2. saluran atau parit drpd konkrit dll bawah tanah yg merentasi jalan raya atau landasan kereta api: masalah kekurangan ~ dikenal pasti sbg punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat; 3. saluran paip bawah tanah utk menyalirkan najis, kumbahan dsb ke loji pemprosesan dsb: mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yg tersumbat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerlang | Kl bulatan (bundaran) pd lukisan dll, kepingan bulat-bulat; menggerlang mengerat jadi kepingan bulat-bulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulat | 1. spt bola bentuknya: matanya yg ~ dan merah menentang mukaku; 2. bundar spt talam atau duit syiling; 3. lengkap seluruhnya (tidak pecah dll), dgn keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu: seluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya; kepercayaan yg ~; ~ bujur = ~ panjang = ~ telur bulat memanjang (lonjong); ~ cekung lekuk yg melengkung; ~ cembung cembung yg melengkung; ~ fikiran tetap (teguh) fikiran; ~ geter Kl bulat benar (sungguh); ~ hati a) lurus hati; b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh; ~ kata = ~ muafakat semuafakat, seia; ~ leting Kd betul-betul bulat; ~ lurus panjang bulat spt buluh; ~ mata biji mata; ~ pipih bulat dan pipih (spt duit syiling); ~ suara semuafakat; ~ tekad tetap hati; ~ torak bulat lurus; nombor ~ bukan nombor pecahan; telanjang ~ tidak bertutup sesuatu apa pun; ~ air oleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat prb, Mn kata sepakat tercapai dgn mesyuarat; ~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan prb, Mn sudah semuafakat benar-benar;sebulat dgn sangat bulatnya: keputusan ~ suara; mereka telah ~ pakat akan pindah dr sana;bulat-bulat 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing; Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;membulat 1. nampak bulat: segulung rambut pendek ~ spt sanggul; 2. menjadi bulat: perutnya yg ~ semakin jelas kelihatan;membulati mengambil seluruhnya;membulatkan 1. membuat bulat (bundar); ~ tinju mengepalkan tangan; 2. menjadikan padu, memadukan; ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dll) menetapkan fikiran dll, mengarahkan fikiran dll kpd; ~ muafakat menyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dgn pendapat yg bulat; bulatan sesuatu yg bulat, lingkaran: ~ bumi;buatlah satu ~ dlm segi tiga itu;kebulatan perihal bulat, kepaduan: ~ fikiran (muafakat, tekad, dll);berkebulatan mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu: hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kpd anak-anak kita;pembulatan proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dll): pengiraan yg melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulat torak | bulat spt torak (bulat panjang), berbentuk silinder; | Kamus Dewan Edisi Keempat |