alam I | 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gempa | goncangan (bumi), lindu; ~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ laut gegaran laut yg disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut; ~ sunting bunga ketar yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan; menggempakan menggoncangkan, menggegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putera | 1. anak raja yg laki-laki; ~ mahkota anak raja bakal pengganti ayahnya (bakal raja); 2. anak atau anak laki-laki (utk menghormati); ~ Malaysia; ~ bumi bumiputera; berputera 1. mempunyai putera, beranak: adalah ia ~ dua orang; 2. melahirkan anak (laki-laki), bersalin: permaisuri pun ~lah seorang laki-laki; berputerakan sl mempunyai sbg putera (anak), beranakkan: adapun baginda itu ~ Sultan Mahmud; diputerakan dilahirkan (anak): baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927; keputeraan 1. darjat sbg putera raja: dia menjaga ~ raja Thai; 2. kelahiran; hari ~ hari kelahiran; ulang tahun ~ ulang tahun kelahiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub | 1 = ~ bumi bahagian bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan pd hujung paksi bumi: ~ utara; ~ selatan. 2 = ~ magnet bahagian yg berdekatan dgn kutub bumi spt yg ditunjukkan oleh jarum kompas. 3 bahagian hujung magnet. kekutuban ist keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif. pengutuban ist proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perut bumi | bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub bumi | bahagian bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan pd hujung paksi bumi: ~ utara; ~ selatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muka bumi | bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gerhana | 1 peristiwa terlindungnya seluruh atau sebahagian drpd cahaya matahari oleh bumi atau bulan. 2 ki dlm kesulitan atau kesusahan. ~ bulan gerhana yg terjadi kerana bulan dilindungi bayang-bayang bumi (apabila bumi berada di antara matahari dgn bulan). ~ matahari gerhana yg terjadi kerana matahari dilindungi bulan (ketika bulan berada di antara bumi dgn matahari). ~ penuh gerhana yg menyebabkan seluruh permukaan bulan atau matahari terlindung. ~ separa gerhana yg menyebabkan hanya sebahagian drpd permukaan bulan atau matahari terlindung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geosentrik | (géoséntrik) (Ast) 1. mempunyai bumi sbg pusat, berpusatkan bumi: sistem ~; 2. berkaitan dgn atau diukur dr pusat bumi: kedudukan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencecah | mengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dll): ~ bumi menjejak bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |