bas(bus) | Kumpulan talian selari yang menyambungkan dua atau lebih peranti untuk membolehkan kawalan, perhubungan, dan pertukaran maklumat dilakukan dengan menggunakan talian sepunya. | Kamus Komputer |
tuan bas(bus master) | Peranti yang berfungsi mengawal semua urusan yang dilakukan melalui bas. Peranti yang tersambung pada bas perlu meminta izin tuan bas sebelum dibenarkan menggunakan bas bagi penghantaran data. | Kamus Komputer |
trafik bas(bus traffic) | Jumlah data yang dikirim melalui sistem bas. | Kamus Komputer |
topologi bas(bus topology) | 1. Sistem rangkaian kawasan setempat yang menggunakan bas sebagai kaedah menyambungkan komputer dan peranti persisian. 2. Kaedah penyambungan yang digunakan bagi suatu sistem bas. | Kamus Komputer |
telagahan bas(bus contention) | Keadaan apabila dua peranti atau lebih yang tersambung dalam suatu rangkaian bas mencuba secara serentak merebut penguasaan bas dengan meletakkan data dalam talian bas. | Kamus Komputer |
sistem bas(bus system) | Tatatanda, seni bina, protokol, dan peraturan yang digunakan bagi bas komputer. | Kamus Komputer |
rangkaian bas(bus network) | Sistem rangkaian komputer yang menggunakan satu talian pengagihan sepunya sebagai saluran komunikasi antara semua sistem yang tersambung pada talian ini. | Kamus Komputer |
penutur bas(bus talker) | Peranti yang boleh menghantar data melalui bas sistem. Bandingkan pendengar bas. | Kamus Komputer |
pendengar bas(bus listener) | Peranti yang hanya boleh menerima data dari bas sistem. Bandingkan penutur bas. | Kamus Komputer |
pemanjang bas(bus extender) | Litar atau penyambung yang membolehkan sistem bas yang terhad dikembangkan. | Kamus Komputer |