isihan tertib menurun(descending order sort) | Kaedah pengisihan yang dilakukan untuk menyusun butiran-butiran, supaya yang besar atau yang terkemudian terletak di hadapan dan yang kecil atau yang terdahulu berada di belakang. Misalnya, g, f, e, d, c, b, a atau 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1. | Kamus Komputer |
isihan pepohon(tree sort) | Kaedah pengisihan yang dilakukan dengan menukarkan butiran pada ranting sebagai nod untuk pepohon. Apabila sesuatu butiran sampai ke nod akar, butiran itu akan ditukarkan kepada nod daun yang terkecil. Sinonim isihan timbunan. | Kamus Komputer |
butiran | huraian atau keterangan lengkap ttg sesuatu dgn menyatakan hal-hal yg kecil; perincian: Mereka memberikan pelbagai ~ ttg projek tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
butiran | huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dgn menyatakan hal yg kecil, perincian: setiap aduan perlulah ada ~ fakta utk memudahkan kerja penyiasatan itu; mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemprosesan senarai(list processing) | 1. Pemprosesan yang dilakukan terhadap data yang mempunyai struktur senarai. 2. Teknik pengaturcaraan untuk mengendalikan struktur data yang terdiri daripada butiran yang berkaitan dengan butiran lain melalui penunjuk. 3. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta umtuk mengolah simbol dan data bukannya nombor. Struktur data dan atur cara pemprosesan ini berbentuk senarai. Singkatan LIPS. | Kamus Komputer |
hierarki(hierarchy) | 1. Kedudukan susunan atau lapisan aturan tertentu bagi sesuatu butiran dalam struktur yang bertingkat. 2. Siri butiran yang dikelaskan mengikut kedudukan atau aturan. | Kamus Komputer |
atom | 1. Unsur paling asas bagi sebarang struktur data. Unsur ini boleh berbentuk rekod yang mempunyai satu data medan atau lebih. 2. Unsur paling asas atau terkecil yang membentuk butiran dalam senarai. Misalnya, dalam senarai [komputer, pencetak, tetikus], butiran 'komputer', 'pencetak' dan 'tetikus' merupakan atom. | Kamus Komputer |
kuantifikasi | butiran mengikut jumlah unit dan angka: ~ memungkinkan pelbagai kelebihan; mengkuantifikasi membuat kuantifikasi: memang ada keperluan utk ~ pengamatan tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spesifikasi | /spésifikasi/ butiran terperinci yg ditentukan atau dinyatakan utk sesuatu; perincian ttg sesuatu: Semua sambungan tambahan mestilah dibuat dgn betul mengikut peraturan dan ~ yg ditetapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spesifikasi | (spésifikasi) butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) utk sesuatu, perincian (tentang sesuatu): juga terdapat keadaan apabila pelanggan-pelanggan memohon warna model dan ~ yg sukar dibekalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |