plot II | ; memplot (Mat) 1. menandakan titiktitik pd graf; 2. melukis melalui titik-titik graf; pemplot (Komp) peranti output yg melukis lukisan atau graf pd kertas secara automatik dgn menyambungkan titik-titik data satu per satu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbintik | ada titik-titik, bertitik(-titik): mukanya pucat tiada ~ warna apa pun; peluh berbintik-bintik halus terpancar keluar dr dahinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbintik-bintik | ada titik-titik, bertitik(-titik): mukanya pucat tiada ~ warna apa pun; peluh berbintik-bintik halus terpancar keluar dr dahinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memplot | (Mat) 1. menandakan titiktitik pd graf; 2. melukis melalui titik-titik graf; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempias | titik-titik air hujan (ombak yg memukul perahu dsb) yg memercik. bertempias berpercikan masuk (ttg titik-titik air hujan dll). menempiasi membuat atau menyebabkan kena tempias: Anak-anak lembu mestilah dijaga supaya tidak ditempiasi hujan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
embun | 1 titik-titik air yg turun dr udara pd malam hari (kerana sejuk). 2 titik-titik air yg terdapat pd daun-daun pd pagi hari. ~ asap embun halus atau kabus spt asap pd malam hari. ~ betina (rintik) embun yg kecil-kecil titiknya. ~ jantan (lebat) embun yg besar titiknya. ~ pagi kabut pd waktu pagi hari. berembun 1 disaput embun; ada embunnya: Daun-daun dan rumput-rumput masih ~. 2 kena embun kerana berada atau berjalan di luar rumah pd malam hari: Siang berpanas, malam ~. mengembun menjadi (menyerupai) embun: Apabila sudah cukup sejuknya, maka udara yg lembap itu ~. mengembuni membasahi dgn embun. memperembunkan meletakkan sesuatu di luar rumah supaya kena embun; membiarkan berembun: Mengkuang itu diperembunkan dahulu sebelum dijemur. Bomoh ~ semangkuk air utk dijadikan ubat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
embun | 1. titik-titik air yg turun dr udara pd malam hari (kerana sejuk). 2. titik-titik air yg terdapat pd daun-daun pd pagi hari. ~ asap embun halus atau kabus spt asap pd malam hari. ~ betina (rintik) embun yg kecil-kecil titiknya. ~ jantan (lebat) embun yg besar titiknya. ~ pagi kabut pd waktu pagi hari. berembun 1. disaput embun; ada embunnya: Daun-daun dan rumput-rumput masih ~. 2. kena embun kerana berada atau berjalan di luar rumah pd malam hari: Siang berpanas, malam ~. mengembun menjadi (menyerupai) embun: Apabila sudah cukup sejuknya, maka udara yg lembap itu ~. mengembuni membasahi dgn embun. memperembunkan meletakkan sesuatu di luar rumah supaya kena embun; membiarkan berembun: Mengkuang itu diperembunkan dahulu sebelum dijemur. Bomoh ~ semangkuk air utk dijadikan ubat. | Kamus Pelajar |
bintik | 1. titik pd kulit (kerana kena panas dll); 2. titik pd sesuatu benda: air hitam yg banyak ~ buih naik dr dalamnya; ~ perang sj penyakit pokok (kelihatan bintik-bintik perang);berbintik, berbintik-bintik ada titik-titik, bertitik(-titik): mukanya pucat tiada ~ warna apa pun; peluh berbintik-bintik halus terpancar keluar dr dahinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percik | titik-titik air dll yg berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dll), recik, renjis; berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (bkn benda cair spt air dll): air hujan dr bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~; memercik menghambur ke sana sini (utk titik air dll): kereta itu berjalan dgn laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima; ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara; memerciki menaburkan titik-titik air kpd, merenjisi: baju yg hendak diseterikanya itu dipercikinya dgn air; memercikkan menyebabkan berpercikan (air dll), merenjiskan: seorang lepas seorang ~ air mawar pd kedua-dua pengantin yg sedang bersanding; kain yg dipercikkan dgn air emas kain yg disulam dgn air emas; terpercik 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya; percikan 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar; pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asalan | (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |