cabul | 1 keji lagi kotor; tidak senonoh; tidak sopan (ttg kata-kata yg dituturkan): kata-kata yg ~. 2 melanggar adat kebiasaan (ttg kelakuan); buruk lagi tidak sopan: Tentera-tentera Israel telah melakukan perkara yg ~ kpd orang-orang tawanan mereka. mencabul 1 merosakkan kehormatan orang perempuan; memperkosa; menodai. 2 melanggar hak orang lain (kedaulatan negara orang dsb). pencabulan perbuatan atau hal mencabul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cabul II | orang yg terlalu pendek; ®cebol. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabul di hutan (laut) | mengeluarkan perkataan-perkataan yg memarahkan hantu-hantu hutan (laut); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabul | 1. keji lagi kotor; tidak senonoh; tidak sopan (ttg kata-kata yg dituturkan): Dia telah mengucapkan kata-kata yg ~ terhadap isterinya sendiri. 2. melanggar adat kebiasaan (ttg kelakuan); buruk lagi tidak sopan:Tentera-tentera Israel telah melakukan perkara yg ~ kpd orang-orang tawanan mereka. mencabul 1. merosakkan kehormatan orang perempuan; memperkosa; menodai. 2. melanggar hak orang lain (kedaulatan negara orang dsb). | Kamus Pelajar |
carut | perkataan yg keji dan kotor (cabul): perkataan hamun dan maki, ~ dan cabul; ~-capai = ~-marut berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor; bercarut, bercarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor: sampai beliau ~; ~ bungkang Mn mencarut-carut, memaki-maki; mencarut, mencarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor, memaki-maki: kadang-kadang ~ dan meludah; mempercaruti memaki-maki orang dgn perkataan yg keji; carutan (perkataan, kata-kata) yg keji dan kotor, (kata-kata) yg cabul: penyair menjauhkan kata-kata ~ yg kasar; pencarut 1. suka mencarut; 2. orang yg suka mencarut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabul I | 1. keji dan kotor, tidak sopan, tidak senonoh, melanggar kesusilaan (bkn perbuatan, tindakan, pertuturan, dll): kata-kata ~; gambar ~; sastera ~; 2. melanggar adat dan kebiasaan (bkn kelakuan dsb), (sangat) buruk: apa sahaja yg dibuatnya ~ belaka; 3. melanggar larangan (pantang); ~ di hutan (laut) mengeluarkan perkataan-perkataan yg memarahkan hantu-hantu hutan (laut); perempuan ~ perempuan jalang, perempuan sundal, pelacur; bercabul 1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~; mencabul, mencabuli 1. menodai, mencemari (kehormatan perempuan dll): maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya; ~ kehormatan (seseorang gadis) menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis); 2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dsb): tujuan NATO ditubuhkan ialah utk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah drpd dicabuli oleh Soviet; kecabulan perihal cabul; pencabulan perihal (perbuatan dsb) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dll): langkah-langkah utk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan; pencabul orang (pihak) yg mencabul(i) hak, kehormatan, dsb orang (pihak) lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perempuan cabul | perempuan jalang, perempuan sundal, pelacur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecabulan | perihal cabul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercabul | 1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pujur | buruk kelakuannya (perangainya, tabiatnya), cabul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |