Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. sinar pd mata. b. orang yg dikasihi; buah hati. c. anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Sudah berdebu berderai pula,
     Berderai sampai ke kota raja;
Sudah bertemu bercerai pula,
     Tinggallah tuan cahaya mata.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nur al-aincahaya mata (kekasih);Kamus Dewan Edisi Keempat
cahaya mataa) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak;Kamus Dewan Edisi Keempat
nurAr cahaya, terang; ~ al-ain cahaya mata (kekasih); ~ Muhammad cahaya yg diberikan kpd Muhammad SAW (dlm wahyu).Kamus Dewan Edisi Keempat
tebeng(tébéng) I Jw kajang (kain, layar, tikar, dll) yg digunakan sbg pelindung cahaya mata-hari dll, pendinding: ~ jendela; ~ pintu; main ~ bp menyembunyikan kejahatan (kesalahan);menebeng memaparkan (kajang, layar, dll) utk pendinding, memampangkan (kajang dll): bangsal itu ditebeng dgn kajang;menebengkan membentangkan kain (tikar, permaidani, dll) utk dipertunjukkan; ~ dada sl memampangkan dada (ketika berlawan).Kamus Dewan Edisi Keempat
cahaya mataa. sinar pd mata. b. orang yg dikasihi; buah hati. c. anak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cahaya1. pancaran yg datangnya dr objek yg bersinar (matahari, lampu, api, dll) yg membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dll) dilihat, sinar: ~ bintang; 2. kilauan (emas, intan, berlian, dll): ~ permata; 3. seri, kejernihan (air muka); ~ mata a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; ~ muka a) rupa air muka; b) seri yg kelihatan pd muka; 4. penyuluh (kpd rohani), petunjuk: sesungguhnya telah datang kpd kamu ~ kebenaran drpd Allah; bercahaya memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; mencahayai memberi cahaya kpd, mene­rangi, menyinari, menyuluh: bulan purnama ~ sekalian alam dgn sinarnya yg lembut; mencahayakan 1. mengeluarkan atau me­mancarkan cahaya, menyinarkan; 2. menjadi­kan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan: berlian boleh dicuci utk ~nya; pencahayaan 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan caha­ya yg sesuai bagi usaha pementasan atau peng­gambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
sorotcahaya, seri, sinar: sebentar-sebentar cincinnya berkilat-kilat kena ~ matahari; gambar ~ Id a) gambar hidup; b) projektor (gambar sisip dll); menyorot 1. memancar (cahaya, sinar), ber­cahaya, bersinar: nyala lampu minyak ~ ke­luar; matahari masih condong ~ dr belakang daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi: biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. = menyoroti meman­dang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; akan tetapi ada baha­giannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu; sorotan 1. pancaran cahaya, sinaran: ~ lampu kereta menyilaukan mata mereka; 2. ki huraian (sesuatu perkara), pembicaraan: ia cuba membuat analisa atau ~ cerpen itu; penyorotan perihal (perbuatan) menyorot: ini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yg lazim kita dapati dr ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya; penyorot; lampu ~ a) lampu picit; b) lampu cari.Kamus Dewan Edisi Keempat
sinar mataa) cahaya yg tajam dr mata (ketika marah dll); b) kelipan mata;Kamus Dewan Edisi Keempat
cahaya1 sesuatu (spt sinar matahari) yg dpt mewujudkan keadaan terang: ~ matahari. 2 kejernihan atau seri pd muka. 3 kilauan yg terdapat pd emas, intan, berlian dll. ~ mata a. sinar pd mata. b. orang yg dikasihi; buah hati. c. anak. ~ muka a. air muka. b. seri pd muka. bercahaya 1 ada atau terdapat cahayanya; memancarkan cahaya; berkilau: Bulan ~. 2 berseri; jernih: Mukanya ~. 3 bergemerlapan; bersinar-sinar: intan berlian yg ~. mencahayai memberi cahaya kpd; menerangi; menyinari: Bulan purnama ~ taman yg indah itu. mencahayakan 1 mengeluarkan cahaya; menyinarkan; memancarkan. 2 menjadikan bercahaya atau berkilat; mengilatkan: Batu berlian pd cincinnya dicuci utk ~nya. pencahaya­an 1 perihal, proses dsb mencahayai atau mencahayakan. 2 penggunaan peralatan atau perkakas bagi mengeluar­kan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi sesuatu pementasan, penggambaran dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
silau Ikabur mata (kerana kena cahaya yg sangat terang): ~ mata kena sinar matahari; menyilaukan menyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku; tersilau menjadi silau; kesilauan 1. perihal silau; 2. tersilau, men­jadi silau: mereka duduk itu diterangi oleh sorotan lampu kereta sehingga mata mereka ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas