car | Kl limbah, pelimbahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
CAR | Singkatan bagi computer-aided retrieval. Lihat dapatan semula bantuan komputer. | Kamus Komputer |
kaku lidah | ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lancar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dapatan semula bantuan komputer(computer-aided retrieval) | Tindakan atau proses memperoleh kembali data yang disimpan dengan menggunakan komputer, dan ini memudahkan pencarian data pukal. Singkatan CAR. | Kamus Komputer |
kaku | 1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lancar; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerak-geri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~; kekakuan perihal atau keadaan kaku, kekejuran, kecanggungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |