Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecelikan komputer(computer literacy)Kefahaman tentang penggunaan dan cara kerja komputer bagi menyelesaikan masalah harian dan kesannya terhadap kehidupan manusia.Kamus Komputer
jurupulihorang yg tugasnya memulihkan seseorang atau sesuatu (anggota, cara kerja dll); ~ anggota orang yg pakar dlm me­mulihkan anggota badan, mis melalui terapi, mengurut dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengkomputeran pengguna(user computing)Perkakasan dan perisian komputer, penggunaan, cara kerja dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kemudahan dan keperluan untuk pengguna menggunakan komputer.Kamus Komputer
alamat semu(dummy address)Alamat rekaan yang digunakan untuk menerangkan cara kerja sesuatu proses atau yang digunakan bagi tujuan pengajaran.Kamus Komputer
jurupulihorang yg tugasnya atau yg pakar dlm memulihkan seseorang atau sesuatu (anggota, cara kerja dll). ~ anggota orang yg pakar dlm memulihkan anggota badan, mis melalui terapi atau mengurut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
demonstrasi(démonstrasi) 1. penerangan, pera­ga­an, dll tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dll; 2. tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll: para pelajar membuat kacau dan meng­adakan ~; berdemonstrasi menunjuk perasaan (ke­rana memprotes dll); mendemonstrasikan menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu (spt mesin, alat solek, dll) atau cara-cara melaku­kan sesuatu; pendemonstrasian proses atau perbuatan mendemonstrasikan sesuatu: ~ itu memang mustahil dilakukan pd waktu ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
lapisan pautan data(data link layer)Lapisan kedua model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan cara kerja dan tatacara untuk menubuhkan, menyelenggarakan, dan melepaskan talian data di antara terminal dengan nod rangkaian.Kamus Komputer
catatan(remark)Nota yang diletakkan dalam atur cara sebagai dokumen untuk menerangkan cara kerja atur cara, atau untuk mencatatkan perkara yang berkaitan.Kamus Komputer
pendokumen(documentor)1. Orang yang bertugas menulis bahagian keterangan cara kerja perisian atau manual perkakasan atau perisian. 2. Atur cara yang berfungsi membantu pembentukan dan penyelenggaraan dokumen dalam bentuk carta alir, teks, atau dokumen tentang perkakasan atau perisian.Kamus Komputer
analisis sistemist penelitian terhadap peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tsb serta menentukan cara utk menyelesaikan masalah, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas