mencemburukan | menimbulkan rasa cemburu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semendarasa Wilis | cem-paka biru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semendarasa | sl bunga cempaka; ~ Wilis cem-paka biru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nabu | biji buah-buahan (spt durian, cempedak, nangka) berserta isinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempenai | sj tumbuhan (pokok renek), kayu suarah, kelereh, Homonoia riparia; cem-penai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meniskus | (méniskus) 1. (Fiz) permukaan cecair (dlm bekas) yg kelihatan berkeluk (cembung atau cekung) akibat tindakan daya pd permukaannya; 2. (Bio) rawan berbentuk sabit yg terdapat di antara tulang-tulang pd sendi (khususnya sendi lutut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meresan | 1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cemburu (dengki, iri hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resan | = meresan 1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cemburu (dengki, iri hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemburu | 1 tidak senang melihat kelebihan orang lain; iri hati. 2 kurang percaya (kerana takut hilang atau diambil oleh orang lain); curiga: Ia ~ melihat suaminya bercakap-cakap dgn perempuan lain. bercemburu berasa cemburu. mencemburui 1 berasa iri hati kpd (terhadap). 2 menaruh syak atau curiga terhadap; mencurigai; mengesyaki. mencemburukan menimbulkan rasa cemburu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |