cerap | ; mencerap 1 menaruh minat pd; memperhatikan. 2 menerima sesuatu (pelajaran dsb) dlm ingatan atau dlm hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerap | ; kurang ~ kurang periksa, kurang memerhatikan; tak ~ tidak endah, tidak tahu; mencerap 1. memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat pd; 2. Id menerima sesuatu dlm hati dgn pancaindera, menanggap; tercerap dapat dicerap oleh pancaindera; cerapan sesuatu yg diterima dgn pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan; pencerapan perbuatan (proses) mencerap sesuatu (fenomena, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerap | mencerap 1. menaruh minat pd; memperhatikan. 2. menerima sesuatu (pelajaran dsb) dlm ingatan atau dlm hati. | Kamus Pelajar |
balai cerap | bangunan yg dilengkapi peralatan tertentu utk membolehkan ahli sains dsb membuat pemerhatian dan ramalan terhadap fenomena cuaca, kedudukan atau keadaan bintang dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tak cerap | tidak endah, tidak tahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurang cerap | kurang periksa, kurang memerhatikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balai cerap | bangunan yg dilengkapi peralatan tertentu utk membolehkan ahli sains dsb membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggapan | 1. apa yg diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerapan: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg menunjukkan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertunjukan (wayang golek dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balai | 1 bangunan dlm lingkungan istana: ~ bendul; ~ gambang. 2 rumah atau bangunan yg dibuat khas utk sesuatu tujuan: ~ polis pejabat polis di sesuatu tempat. ~ raya rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb. ~ cerap bangunan yg dilengkapi peralatan tertentu utk membolehkan ahli sains dsb membuat pemerhatian dan ramalan terhadap fenomena cuaca, kedudukan atau keadaan bintang dsb. balai-balai sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanggap I | menanggap 1. memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan; 2. ark menyuruh memainkan (pertunjukan, wayang gambar, dll) di rumah sendiri dgn membayar upahnya; 3. menangkap atau menerima dgn pancaindera (spt melihat, mendengar, merasai, dll), mencerap; bertanggapan mempunyai tanggapan; menanggapi 1.menerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman, dsb): Panitia Ejaan berusaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawaban-jawaban yg dimuat dlm karangan ini; 2. memahami: politik antarabangsa ditanggapi sbg perbuatan merebut kuasa di kalangan semua negara; menanggapkan ark membayangkan atau menggambarkan dlm hati (fikiran); tanggapan 1. apa yg diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerapan: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg menunjukkan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertunjukan (wayang golek dll); penanggapan perbuatan (cara dsb) menanggap, pencerapan; penanggap orang yg membuat tanggapan terhadap sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |