cetera II | cerita, ceritera: demikian mula ~nya; menceterakan menceritakan: adapun diceterakan oleh orang yg punya cetera ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetera | cerita: Demikian asal mula ~nya. menceterakan menceritakan: Setelah itu, Pak Mat pun ~ perihal datangnya orang India itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetera jantung | Id urat pipih yg menyekat rongga dada dan rongga jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetera I | sl payung kebesaran kerajaan spt payung iram-iram (ubur-ubur dll); ~ jantung Id urat pipih yg menyekat rongga dada dan rongga jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetera | cerita: <i>Demikian asal mula ~nya.i> menceterakan menceritakan: <i>Setelah itu, Pak Mat pun ~ perihal datangnya orang India itu.i> | Kamus Pelajar |
payung cetera | sj payung utk menunjukkan kebesaran seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menceterakan | menceritakan: adapun diceterakan oleh orang yg punya cetera ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengkuap | atap yg dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sbg tambahan sahaja): malam hari, bukan tidur di lepau atau di dlm rumah, melainkan di bawah ~ atap rumah orang; ~ gantung cetera (payung) di atas singgahsana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
payung I | 1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain, kertas, dsb yg dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau sesuatu drpd terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan sbg alat kebesaran raja dll; ~ kain; ~ kertas; ~ sutera; paku ~ paku yg kembang kepalanya dan digunakan utk memaku atap zink; 2. = ~ terjun kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan digunakan utk terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); askar ~ terjun pasukan askar yg digugurkan oleh kapal terbang; 3. ki sesuatu yg melindungi, penaung, pelindung: pd suatu ketika dahulu Tanah Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris; ~ bawat = ~ pawat Jw payung kecil yg berbatang tinggi dan berwarna-warni (utk menunjukkan kebesaran seseorang); ~ berapit payung kerajaan yg dibawa berdampingan di hadapan raja dll; ~ cetera sj payung utk menunjukkan kebesaran seseorang; ~ iram-iram = ~ rama-rama sj payung kuning yg bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (utk raja-raja); ~ perteduhan naungan ki tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mempertaruhkan nasib; ~ ubur-ubur sj payung putih yg berlipat-lipat tepinya utk memayungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan juga oleh raja yg masih hidup); dianjungkan spt ~, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (terutama orang besar-besar); sediakan ~ sebelum hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg kurang baik; berpayung memakai payung; yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemanakan atau anak semang yg bersalah, tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya; berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: mereka berehat di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yg rimbun; memayungi 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi; memayungkan mempergunakan sbg payung; payungan tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |