cimni | bp corong (drpd kaca) pd lampu minyak, setom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setolop | IB 1. semperung (cimni) kaca; 2. lampu yg memakai semperung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semperung | 1. corong (lampu dll), cimni, se-rombong; ~ asap corong asap (pembuluh tempat keluar asap); 2. buluh (besi dll) utk meniup api, salung api; 3. teropong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
corong lampu | salur kaca utk melindungi nyala lampu, cimni lampu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
corong | 1. saluran yg berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya utk menuang air (minyak dll) supaya jangan tumpah; 2. = ~ bicara (suara) alat yg berbentuk kelongsong utk menguatkan suara; 3. = ~ asap salur tempat asap keluar, cerobong, serombong; 4. = ~ lampu salur kaca utk melindungi nyala lampu, cimni lampu; 5. teropong (utk melihat jauh); 6. alat penguat suara, mikrofon; ~ Baermann (Bio) radas yg digunakan utk mengasingkan organisma kecil drpd suatu sampel (biasanya tanah); ~ dengar alat utk mendengar yg dipakai oleh orang yg agak pekak; ~ radio alat yg menangkap suara utk disiarkan melalui radio; ~ telefon gagang telefon; mencorong 1. bersinar dgn terangnya (bkn lampu, matahari, dll); 2. menyuluhi (menerangi) dgn lampu corong; mencorongkan 1. menyinarkan, menerangkan; 2. memancarkan (cahaya, suara, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |