komputer bimbit(portable computer / briefcase computer) | 1. Sistem komputer yang dibina supaya boleh dipindahkan dengan mudah. 2. Komputer kecil yang saiznya sebesar beg bimbit. | Kamus Komputer |
COM | 1. Singkatan bagi computer output microfilm. Lihat mikrofilem output komputer. 2. Singkatan bagi computer output microform, iaitu mikroborang output komputer. 3. Singkatan bagi computer onto microfiche, iaitu komputer ke mikrofis. | Kamus Komputer |
CAT | 1. Singkatan bagi computer-assisted training, iaitu latihan bantuan komputer. 2. Singkatan bagi computer-aided translation, iaitu penterjemahan bantuan komputer. 3. Singkatan bagi computerized-axial tomography, iaitu tomografi paksi berkomputer. | Kamus Komputer |
komputer(computer) | Peranti atau mesin yang boleh diaturcarakan untuk menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik, logik atau pemprosesan lain, dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem. | Kamus Komputer |
virus komputer(computer virus) | Lihat virus. | Kamus Komputer |
surat komputer(computer letter) | 1. Surat yang dihasilkan dengan menggunakan pemproses kata. 2. Surat yang dikirim melalui sistem mel elektronik komputer. 3. Surat yang dikirim oleh syarikat atau organisasi komputer. | Kamus Komputer |
storan komputer(computer store) | Peranti ingatan yang digunakan untuk menyimpan data komputer. | Kamus Komputer |
sistem komputer(computer system) | Gabungan perkakasan, perisian, dan manusia yang membentuk suatu sistem untuk memproses data atau maklumat. | Kamus Komputer |
seni komputer(computer art) | Bidang seni yang menggunakan komputer untuk menghasilkan karya. | Kamus Komputer |
sains komputer(computer science) | Bidang ilmu yang berkaitan dengan prinsip asas pembentukan dan penggunaan komputer. | Kamus Komputer |