penukar(converter) | Peranti yang berfungsi menukarkan bentuk perwakilan data atau maklumat sedia ada kepada bentuk perwakilan lain. | Kamus Komputer |
penukar A/D(A/D converter) | Lihat penukar analog ke digital. | Kamus Komputer |
penukar kad ke pita(card-to-tape converter) | Peranti yang membaca data yang terkandung di dalam kad tebuk dan menyalinkannya ke dalam pita magnet atau pita kertas. | Kamus Komputer |
penukar kad ke pencetak(card-to-printer converter) | Peranti yang membaca data yang terkandung di dalam kad tebuk dan menghantarkannya ke pencetak. | Kamus Komputer |
penukar analog ke digital(analog-to-digital converter) | Peranti yang digunakan untuk menukarkan isyarat analog, iaitu isyarat berterusan yang mempunyai beberapa aras, kepada isyarat digital, iaitu isyarat yang mempunyai dua aras sahaja. Singkatan ADC. | Kamus Komputer |
ADC | Singkatan bagi analog-to-digital converter. Lihat penukar analog ke digital. | Kamus Komputer |
DAC | 1. Singkatan bagi digital to analog converter, iaitu penukar digital ke analog. 2. Singkatan bagi data acquisition and control, iaitu pemerolehan dan kawalan data. | Kamus Komputer |
penukar kad ke pita magnet(card-to-magnetic tape converter) | Peranti yang membaca data yang terkandung di dalam kad tebuk dan menyalinkannya ke dalam pita magnet. | Kamus Komputer |
penukar kad ke pita kertas(card-to-paper tape converter) | Peranti yang membaca data yang terkandung di dalam kad tebuk dan menyalinkannya ke dalam pita kertas. | Kamus Komputer |