Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cukai yg dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cukai jalancukai yg dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor;Kamus Dewan Edisi Keempat
lori hantulori yg beroperasi di tapak binaan, ladang dsb tanpa cukai jalan, insurans dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
lori Isj kenderaan besar utk mengangkut barang-barang di darat: ~ balak; ~ hantu lori yg beroperasi di tapak binaan, ladang dsb tanpa cukai jalan, insurans dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
cukai1. bayaran (bea, sumbangan) yg dikena­kan oleh kerajaan terhadap orang perseorang­an (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) utk perbelanjaan negara dll: ~ belian; ~ eksport; 2. = cuke Id bahagian drpd hasil tanah persendirian yg dikutip oleh tuan tanah; ~ belian cukai tak langsung yg dikenakan terhadap harga borong barang tertentu yg bukan barang perlu, biasanya dibayar oleh pengguna kpd peruncit yg akan membayar cukai kpd kerajaan; ~ eksport cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ hiburan cukai yg dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (spt kelab malam, pawagam, dsb); ~ jalan cukai yg dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor; ~ jualan cukai yg dikenakan terhadap barangan yg dijual yg bebannya terletak secara langsung pd pembeli; ~ korporat cukai syarikat; ~ laba harta tanah cukai terhadap laba drpd penjualan harta tanah; ~ langsung cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah); ~ pelindung cukai atas barang-barang import utk melindungi barang­barang tempatan (utk mengelakkan persaing­an yg boleh mengancam pengeluaran barang-­barang tempatan); ~ pendapatan cukai yg dikenakan terhadap pendapatan; ~ perkhidmatan cukai yg dikenakan pd barang spt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll; ~ pintu cukai yg dikenakan terhadap pemilik rumah; ~ progresif cukai yg kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ regresif cukai yg kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ syarikat cukai yg dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat; ~ tak langsung cukai yg dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dll); ~ tanah cukai yg dikenakan atas pemilikan tanah; ~ tersembunyi cukai tak langsung yg dibayar oleh pengguna dgn menaikkan harga barang yg dijual tanpa pengetahuan pengguna; ~ warisan cukai yg dikenakan terhadap orang yg menerima harta pusaka; bercukai dikenakan cukai: barang ~; mencukai mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai drpd: negara boleh mendapat wang dgn ~ orang ramai; percukaian yg berkaitan dgn cukai: spt biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata; pencukaian 1. perbuatan (prinsip dsb) men­cukai, pengenaan cukai terhadap: ~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia; 2. yg berkaitan dgn cukai-mencukai: karya asli dlm bidang ~ di Malaysia yg pertama ditulis dlm bahasa Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelepasan1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan ayamlah lalu di­lepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bebas(bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen.Kamus Dewan Edisi Keempat
pajak1 hak utk mengusahakan sesuatu dgn membayar sewa: Apabila sampai musim penyu bertelur, kerajaan mengeluarkan tawaran ~ utk kawasan tempat penyu bertelur itu. 2 wang yg wajib dibayarkan kpd kerajaan kerana sesuatu hal; cukai: ~ tanah; ~ jalan. ~ gadai a. hak atau kuasa utk membuka rumah gadai. b. = rumah ~ kedai tempat menggadaikan barang-barang. ~ judi rumah tempat berjudi. memajak mengusahakan atau mengendalikan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll: Saudagar yg banyak modal ~ kawasan pantai itu hingga tiga empat batu panjangnya. memajakkan menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. pemajakan perbuatan (hal dsb) memajak atau memajakkan. pemajak orang yg memajak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pintu1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk men­capai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan per­bandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis.Kamus Dewan Edisi Keempat
pungut; memungut 1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan, datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). pungutan apa-apa yg dipungut: wang ~. pemungutan perbuatan atau hal memungut: ~ yuran; ~ cukai. pemungut orang yg memungut: ~ zakat; ~ hasil tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melarikan1. membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2. melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb):Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 3. mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut.Kamus Pelajar
1234

Kembali ke atas