kitar(cycle) | Jujukan berkala kewujudan peristiwa mengikut masa. | Kamus Komputer |
pencurian kitar(cycle stealing) | Teknik mengambil alih ingatan oleh pemproses capaian ingatan langsung dalam suatu kitar ingatan sistem. Teknik ini membolehkan data tunggal dibaca atau ditulis dalam ingatan tanpa memberhentikan proses yang sedang berjalan. | Kamus Komputer |
masa kitar(cycle time) | Masa di antara panggilan untuk memperoleh data dari ruang storan dengan penyerahan data tersebut. | Kamus Komputer |
kriterion kitar(cycle criterion) | 1. Jumlah bilangan kitar yang perlu diulang. 2. Daftar yang mengandungi jumlah bilangan kitar yang perlu diulang. | Kamus Komputer |
indeks kitar(cycle index) | 1. Pemboleh ubah yang memegang nilai bilangan kitar yang telah dilaksanakan. 2. Nilai perbezaan di antara bilangan kitar yang telah dilaksanakan dengan bilangan yang perlu dilaksanakan. | Kamus Komputer |
bilangan kitar(cycle count) | Bilangan naik turun kitar sesuatu sistem. | Kamus Komputer |
anjakan kitar(cycle shift) | Tindakan menganjakkan bit berulang kali dengan mengeluarkan bit yang paling hujung dan kemudian meletakkannya di hujung yang satu lagi selepas kesemua bit teranjak sebanyak satu bit. | Kamus Komputer |
set semula kitar(cycle reset) | Keadaan indeks kitar dikembalikan kepada nilai asalnya atau kepada keadaan tertentu. | Kamus Komputer |
kitar suruhan(instruction cycle) | Jujukan bagi melaksanakan suruhan yang terdiri daripada pengambilan suruhan daripada storan, pentafsiran suruhan, dan pelaksanaannya. | Kamus Komputer |
kitar pengendalian(operation cycle) | 1. Fasa yang digunakan oleh pemproses untuk mengerjakan suruhan atau pengendalian dan bukan untuk tugas penyelenggaraan atau persediaan peralatan. 2. Nama lain bagi fasa pelaksanaan kitar mesin mikropemproses. | Kamus Komputer |