pengendalian dalam talian(on-line operation) | Lihat pemprosesan dalam talian. | Kamus Komputer |
diagnosis dalam talian(on-line diagnostics) | Diagnosis penyemakan yang dilaksanakan semasa sistem komputer masih lagi berada dalam talian. Penyemakan ini dilakukan pada waktu permintaan penggunaan sistem adalah kurang bagi menjimatkan masa dan membolehkan penyelenggaraan pembetulan dilakukan tanpa memberhentikan sistem. | Kamus Komputer |
dalam talian | ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dalam talian | (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem dalam talian(on-line system) | 1. Sistem yang dikelolakan secara langsung oleh satu sistem pemprosesan utama. 2. Sistem yang menggunakan peranti penderiaan jauh yang bersambung pada komputer. Data sampai secara langsung kepada komputer tanpa bantuan manusia dan diproses terus sewaktu tiba. | Kamus Komputer |
mod dalam talian(on-line mode) | Kaedah penyambungan sistem komputer yang membolehkan peranti sokongan dikawal secara langsung oleh komputer. | Kamus Komputer |
pengurangan data dalam talian(on-line data reduction) | Pemprosesan langsung data kasar sewaktu data tersebut tiba pada komputer untuk mengurangkan jumlah data yang perlu diproses, disimpan atau dikirimkan oleh komputer. | Kamus Komputer |
Testing kamus | testing makna kamus | Kamus DBP versi dalam Talian |
drup | pepauh (kumpulan buah) | Kamus DBP versi dalam Talian |
warga maya | netizen
| Kamus DBP versi dalam Talian |