dalam tangan | sudah tentu dpt. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dalam tangan | dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komputer tangan(hand-held computer) | Komputer bimbit yang kecil, berbateri, dan boleh digenggam dalam tangan. | Kamus Komputer |
keruk I | bunyi spt bunyi menggaruk (mengikis, mengerik, dsb); kapal ~ kapal korek; mengeruk 1. menggaruk atau mengerik dgn kuat (dgn tangan, penggaruk, dsb) utk mengĀambil sesuatu, mengikis, mengerik: ~ tanah dgn tempurung; ~ kerak nasi dgn senduk; 2. mengorek, menggali, mengeduk: ~ lumpur; 3. menggaruk dgn tangan; 4. menyelukkan tangan (memasukkan tangan ke dalam); mengerukkan; ~ tangan a) membuat tangan mengeruk (mengerik, mengorek) sesuatu; b) menyelukkan tangan; terkeruk-keruk tergaru-garu, tergaruk-garuk (kerana berasa gatal dsb): dia ~ kerana terkena miang rebung; pengerukan 1. perihal (perbuatan) mengeruk; 2. pengorekan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeruk | 1. menggaruk atau mengerik dgn kuat (dgn tangan, penggaruk, dsb) utk mengĀambil sesuatu, mengikis, mengerik: ~ tanah dgn tempurung; ~ kerak nasi dgn senduk; 2. mengorek, menggali, mengeduk: ~ lumpur; 3. menggaruk dgn tangan; 4. menyelukkan tangan (memasukkan tangan ke dalam); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analisis kontur(contour analysis) | 1. Kaedah pembacaan dalam sistem pengecaman corak beroptik yang menggunakan alur cahaya untuk menyurih garis bentuk sasaran. Garis bentuk objek sasaran yang diperoleh daripada pantulan cahaya dipadankan dengan corak dalam simpanan pangkalan data untuk mengenal pasti corak yang disurih. Kaedah ini biasanya digunakan dalam sistem pengecaman tulisan tangan dan sistem pengecaman cap jari yang tidak mempunyai bentuk yang piawai. 2. Analisis permukaan objek yang dilakukan dalam sistem reka bentuk berbantukan komputer. | Kamus Komputer |
tulang hasta | tulang tangan yg di sebelah dalam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemprosesan dalam talian(on-line processing) | Pengendalian atau pemprosesan yang dilakukan secara terus pada komputer utama. Campur tangan manusia tidak diperlukan untuk membantu pemprosesan dalam pengendalian ini. Bandingkan pemprosesan luar talian. | Kamus Komputer |
jelujur I | jahitan tangan yg jarang dan tidak dimatikan, jahitan sementara; ~ halus sj jahitan yg digunakan apabila membuat kelim panjang pd kain lembut (dibuat sebelah dalam atau luar); ~ sementara sj jahitan sementara utk menetapkan kelim di tempatnya sebelum kelim itu dijahit (dibuat sebelah dalam atau luar); menjelujur membuat jelujur, menjahit jarang-jarang (dgn tidak mematikan jahitan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalam II | 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |