duga | = batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1 dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2 tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ Allah (Tuhan) sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terselip | 1. termasuk di antara benda-benda lain, terselit, tersisip: ~ sebatang pensel di telinganya; 2. tersembunyi (di dalamnya), terkandung (di dalamnya): di dlm surat itu ada ~ sebuah kalimat yg menyirapkan darahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duga | = batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2. meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3. mencuba (utk mengetahui); menguji:Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1. dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2. tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1. sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku di luar ~ saya. 2. cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji. | Kamus Pelajar |
duga I | 1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dll) drpd batu atau timah yg bertali; tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dll); 2. agak, sangka, teka: bayaran yg saya terima itu lebih besar jumlahnya drpd yg saya ~; menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll), mengajuk: laut yg dalam boleh diduga; 2. mengagak, meneka, meramalkan, menyangka: dr tadi dia ~ yg perkara itu akan berlaku; 3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui: kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yg diadakan utk ~ kedudukan pelajaran kami; terduga 1. telah diduga, boleh (dapat) diduga; 2. tersangka, terhitung, terjangka: lantikan Encik Ahmad sbg Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali; dugaan 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan; penduga alat (perkakas) utk menduga (mengajuk); batu ~ batu duga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selip I | ; menyelipkan memasukkan di celah-celah benda yg lain, menyelitkan, menyisipkan; terselip 1. termasuk di antara benda-benda lain, terselit, tersisip: ~ sebatang pensel di telinganya; 2. tersembunyi (di dalamnya), terkandung (di dalamnya): di dlm surat itu ada ~ sebuah kalimat yg menyirapkan darahnya; selipan sesuatu yg diselipkan; ® selit I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kosong | 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, mengisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiadaan iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loji I | 1. gedung, bangunan besar; 2. pejabat syarikat perniagaan zaman dahulu yg dibuat berkubu; 3. kilang (bangunan serta alat-alat di dalamnya spt jentera, mesin, dll); ~ kuasa a) loji utk menerbitkan kuasa atau tenaga (elektrik dll); b) kilang (bangunan) serta alat di dalamnya utk memasang sesuatu (kereta, jentera, dll); ~ penapis loji utk menapis sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedalam-dalamnya | 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menduga | 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedalaman | keadaan dalam; dalamnya: Kepekatan karbon dioksida bertambah mengikut ~ tanah. Drpd pertuturannya, kita dpt mengetahui ~ ilmu pengetahuannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |