Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan/atau


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perkakas pembangunan(development tools)Alat bantu perkakasan dan/atau perisian yang dapat digunakan untuk membangunkan atau membina sistem perkakasan dan/atau perisian baru.Kamus Komputer
pemproses kata(word processor)Perkakasan dan/atau perisian komputer yang digunakan untuk mengarang naskhah dokumen. Perkakasan pemproses kata biasanya terdiri daripada pemproses utama, simpanan kekal, dan pencetak bermutu. Perisian pemproses kata biasanya mempunyai kemudahan untuk menaip, menyelitkan data, memadam, menyalin, mencari, menggantikan, menyemak dan mencetak teks.Kamus Komputer
pemberkasan(bundling)Proses menyepadukan komponen perkakasan dan/atau perisian yang berasingan untuk menjadi satu sistem menyeluruh pada suatu harga tawaran.Kamus Komputer
pengendali Boolean(Boolean operator)Fungsi logik seperti DAN, ATAU, dan TAK, sama ada dalam bentuk atur cara atau dalam bentuk litar yang dapat digunakan untuk melakukan pengolahan logik.Kamus Komputer
sambungan(extension)1. Ciri tambahan yang ditokok pada perisian dan/atau perkakasan untuk meningkatkan ciri sistem. 2. Kod tambahan yang diletakkan pada hujung nama fail untuk memberitahu sistem pengendalian jenis fail yang digunakan.Kamus Komputer
pemasangan(installation)1. Proses memasang, menguji, dan menentukurkan perkakasan dan/atau perisian sesuatu sistem baru. 2. Kompleks yang memuatkan suatu sistem komputer. 3. Sistem komputer yang telah dipasang di suatu tempat.Kamus Komputer
kata laluan(password)Kata yang terdiri daripada gabungan huruf dan/atau nombor yang membentuk kod unik. Kata ini perlu dimaklumkan kepada sistem sebelum pengguna dibolehkan menggunakan sumber sistem. Kaedah ini melindungi sistem daripada digunakan oleh orang yang tidak mempunyai kebenaran penggunaan.Kamus Komputer
pengendalian logik(logical operation)Pemprosesan yang berkaitan dengan fungsi logik seperti DAN, ATAU, BUKAN, penopengan, lengkapan, dan fungsi logik yang lain.Kamus Komputer
hidrokarbon tak tepuhidrokarbon yg mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
masa pemasangan(installation time)Tempoh yang diambil untuk memasang dan menguji perkakasan dan/atau perisian sistem baru.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas