katakan | 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terangkup | dapat dirangkup, dapat dilingkungi: malangnya pandangan tersebut adalah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah tempurung sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arak II | ; berarak, berarak-arakan 1. berjalan beramai-ramai dan beriring-iring: setelah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya; ~ tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan; elok arak di hari panas prb orang yg sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai; mengarak 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang; arakan, arak-arakan pawai;perarakan 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;~ haram perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara besar-besaran; pengarak 1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mana boleh | = ~lah = manakan, manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu me-melihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkup II | ; merangkup 1. merangkum, memeluk; 2. menudungi, menutupi, melingkupi: malam ~ sekitar lorong belakang; terangkup dapat dirangkup, dapat dilingkungi: malangnya pandangan tersebut adalah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah tempurung sahaja; rangkupan rangkuman, cakupan, lingkungan: mereka menumpukan perhatian pd penyelesaian masalah dlm ~ paradigma tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puas | 1. berasa senang (kenyang, lega, dll) kerana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguh-sungguh; puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu (tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya; berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa; ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati; pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu; pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpandang | 1. dapat dipandang, terlihat, kelihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, disegani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkepung | sudah dikelilingi atau dilingkungi (sehingga terperangkap atau tidak dapat melepaskan diri): maka ~lah Raja Kecil itu hampir tewas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manatah | mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu me-melihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manakan | , manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu me-melihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |