dapati | 1. memperoleh: elaun itu menjadi tambahan kpd gaji yg mereka dapati; pejabat-pejabat yg menerima hasil, harus menaksir berapa banyak hasil yg boleh mereka dapati pd tahun hadapan; 2. menemui, menjumpai, melihat (secara kebetulan): apabila saya sampai di rumah itu saya ~ dua orang pemuda sedang memanjat pintu pagarnya; dia ~ ibunya sedang berbual-bual di luar; 3. mengetahui (hasil drpd penyiasatan, penyelidikan, pengkajian dsb), membuat kesimpulan (berdasarkan kajian, penelitian, dsb): dia didapati menghidap penyakit malaria; mahkamah ~ yg dituduh bersalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendapati | , dapati 1. memperoleh: elaun itu menjadi tambahan kpd gaji yg mereka dapati; pejabat-pejabat yg menerima hasil, harus menaksir berapa banyak hasil yg boleh mereka dapati pd tahun hadapan; 2. menemui, menjumpai, melihat (secara kebetulan): apabila saya sampai di rumah itu saya ~ dua orang pemuda sedang memanjat pintu pagarnya; dia ~ ibunya sedang berbual-bual di luar; 3. mengetahui (hasil drpd penyiasatan, penyelidikan, pengkajian dsb), membuat kesimpulan (berdasarkan kajian, penelitian, dsb): dia didapati menghidap penyakit malaria; mahkamah ~ yg dituduh bersalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memergoki | menjumpai (dgn tidak disangka-sangka atau disengajakan), mendapati atau mengetahui (perbuatan jahat dll): ketika meronda di kawasan itu polis telah ~nya sedang memanjat rumah orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergok | Jk; memergoki menjumpai (dgn tidak disangka-sangka atau disengajakan), mendapati atau mengetahui (perbuatan jahat dll): ketika meronda di kawasan itu polis telah ~nya sedang memanjat rumah orang; terpergok dilihat (diketahui) orang ketika sedang berbuat sesuatu (kesalahan dll), terjumpa, terserempak, tersua: di tempat perjudian itu ia ~ dgn ayah saudaranya; kepergok, perogok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenikmatan | perihal nikmat, keenakan, kesedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyorotan | perihal (perbuatan) menyorot: ini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yg lazim kita dapati dr ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intelektual | (inteléktual) 1. orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan: membentuk kesedaran dan menarik bakal-bakal ~ yg sedang belajar; kalau kita mengkaji ~ barat, kita dapati kebudayaan dan pengetahuan bahasa Arab tersebar luas ke Eropah oleh pendeta-pendeta yg melarikan diri; 2. mempunyai kemampuan yg tinggi utk berfikir (menggunakan akal budi); mengintelektualkan menjadikan seseorang intelekual: ~ ulama; keintelektualan perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dgn keperluan rakyat; pengintelektualan proses menjadikan seseorang atau sesuatu intelektual: antara isu perancangan bahasa ialah ~ bahasa Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siapa-siapa | 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg didapati bersalah, akan dihukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balik | 1 pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam. 2 bahagian yg di sebelah belakang: Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu. 3 sekali lagi; semula: Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul. 4 tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang. berbalik 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu. terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. menterbalikkan meletakkan terbalik: Apabila kita ~ angka , maka jadilah . balikan sesuatu yg dibalikkan: Cahaya bulan ialah cahaya ~. kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: ~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin. pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli. sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menangkap | 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg bergerak cepat dll (dan tidak melepaskannya), memerangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: sebaik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengambil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg tersembunyi; 6. menerima atau dapat mengerti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menanggap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |