haid | 1. = darah ~ darah kotor yg turun setiap bulan (biasanya berselang 28 hari) drpd rahim perempuan yg sudah baligh; 2. turun darah haid, datang bulan, mendapat kain kotor; mati ~ Id = putus ~ sudah tidak datang bulan lagi (bkn perempuan yg dlm lingkungan umur 50 tahun ke atas). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haid | 1 = darah ~ darah yg turun (keluar) tiap-tiap bulan dr rahim perempuan yg sudah baligh. 2 turun (keluar) darah haid; mendapat kain kotor; datang bulan (bagi orang perempuan). putus ~ (sudah) tidak datang bulan atau tidak ada haid lagi (biasanya bermula ketika berumur antara 45 dgn 50 tahun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedatangan | 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minangkabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datang bulan (haid) | turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
datang bulan | = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd perempuan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercemar kain | datang bulan (haid); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menstruasi | (ménstruasi) (Ubat) keluarnya darah drpd rahim wanita yg tidak hamil (tetapi masih subur utk beranak), biasanya sekali sebulan, datang haid (datang bulan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membawa adat | haid, datang bulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membawa adat | haid (datang bulan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putus haid | (sudah) tidak datang bulan atau tidak ada haid lagi (biasanya bermula ketika berumur antara 45 dgn 50 tahun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |