debit | (débit) 1. catatan jumlah wang yg dikeluarkan drpd akaun bank seseorang; 2. ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat; mendebitkan mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun: jika seseorang itu berhutang kpd kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debit | /débit/ 1 catatan ttg piutang yg diberikan kpd orang lain. 2 catatan ttg piutang di sebelah kiri sesuatu akaun. mendebitkan 1 mencatat piutang yg diberikan kpd orang lain ke dlm kira-kira. 2 memasukkan catatan piutang di sebelah kiri sesuatu akaun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
debit | /débit/ 1. catatan ttg piutang yg diberikan kpd orang lain. 2. catatan ttg piutang di sebelah kiri sesuatu akaun. mendebitkan 1. mencatat piutang yg diberikan kpd orang lain ke dlm kira-kira. 2. memasukkan catatan piutang di sebelah kiri sesuatu akaun. | Kamus Pelajar |
kad debit | kad plastik yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara debit, iaitu dgn memindahkan wang dr akaun bank pembeli ke akaun bank penjual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
butir debit | (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kiri kira-kira perniagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendebitkan | mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun: jika seseorang itu berhutang kpd kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbangan duga | sj penyata yg dimasukkan semua imbangan debit dan kredit dr lejar catatan bergu utk menyemak kesamaannya; timbangan duga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kad | kertas tebal yg tidak berapa besar dan biasanya bersegi panjang dan digunakan utk berbagai-bagai keperluan. ~ ahli kad sbg tanda menjadi anggota sesuatu persatuan dll. ~ bunyi ist peranti yg menjanakan sistem bunyi pd sesebuah komputer. ~ debit kad plastik yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara debit, iaitu dgn memindahkan wang dr akaun bank pembeli ke akaun bank penjual. ~ grafik ist peranti yg memproses unsur-unsur grafik utk paparan pd skrin. ~ (Hari) Raya kad yg dikirim kpd seseorang utk mengucapkan selamat Hari Raya. ~ jemputan (undangan) kad yg digunakan utk mengundang orang datang ke sesuatu majlis atau perayaan. ~ kredit kad plastik yg membolehkan pemegang kad tsb membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara kredit. ~ kuning kad kecil yg berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, mis dlm permainan bola sepak. ~ manila kad pelbagai warna yg dibuat drpd hem manila atau drpd gentian kayu. ~ merah a. kad kecil yg berwarna merah yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda perintah keluar padang, mis dlm permainan bola sepak. b. kad jemputan kahwin; kad utk mengundang seseorang datang menghadiri majlis perkahwinan. ~ pengenalan kad yg berisi keterangan ttg diri seseorang (namanya, alamatnya dll) berserta gambarnya. ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh menyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. ~ tambah ist papan litar yg dipasangkan ke dlm komputer utk menambah kemampuan sesebuah komputer melaksanakan fungsi khusus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
catatan bergu | ist kaedah mencatat sesuatu butiran urus niaga sbg debit dlm satu akaun dan sbg kredit dlm akaun yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akaun T | akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |